FILIPI 2:21-24
FILIPI 2:21-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus. Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik. Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku. Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan, aku sendiri akan dapat mengunjungi kamu tidak lama lagi.
FILIPI 2:21-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna marika itu skalian mŭnchari hal dirinya sŭndiri, dan bukannya deri pŭrkara pŭrkara Isa Almasih. Tŭtapi kamu tahulah tandanya Timothius itu, iya itu spŭrti anak kapada bapanya, dŭmkianlah iya tŭlah bŭrkhodmat sŭrta dŭngan aku deri hal Injil. Maka sŭbab itulah harap aku akan mŭngirimkan dia itu dŭngan sŭgranya, sŭrta kulihat apakah kasudahannya halku ini. Akan tŭtapi haraplah aku dŭngan bŭrkat Tuhan, supaya aku pun sŭndiri akan datang juga dŭngan sŭgranya.
FILIPI 2:21-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan hal yang kepunyaan Yesus Kristus. Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil. Oleh itu, aku berharap akan mengutusnya dengan segera, sebaik-baik aku mengetahui bagaimana keadaanku. Tetapi aku yakin dalam Tuhan bahawa aku pun akan datang tidak lama lagi.