FILIPI 2:19-30
FILIPI 2:19-30 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan Yesus, aku dapat segera mengutus Timotius kepada kamu, supaya berita tentang kamu boleh menenteramkan hatiku. Timotius satu-satunya orang yang sehati denganku, dan dia benar-benar mengambil berat tentang kamu. Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus. Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik. Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku. Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan, aku sendiri akan dapat mengunjungi kamu tidak lama lagi. Aku merasa perlu menyuruh Epafroditus, yang kamu utus untuk menolong aku, kembali kepada kamu. Dia sudah bekerja dan berjuang dengan aku untuk mempertahankan Berita Baik. Dia sangat ingin berjumpa dengan kamu semua, dan dia susah hati kerana kamu sudah mendengar bahawa dia sakit. Memang benar dia sakit dan hampir meninggal. Tetapi Allah mengasihani dia, dan bukan dia sahaja tetapi aku juga, supaya aku tidak bertambah sedih. Itulah sebabnya aku semakin ingin menyuruh dia kembali kepada kamu, supaya kamu bergembira semula apabila berjumpa dengan dia, dan kesedihanku pun akan hilang. Oleh itu sambutlah dia dengan penuh kegembiraan sebagai seorang saudara seiman. Hormatilah semua orang yang seperti dia, kerana dia sudah mempertaruhkan nyawa dan hampir meninggal untuk kepentingan pekerjaan Kristus. Dia berbuat demikian untuk memberi aku pertolongan yang tidak dapat kamu berikan.
FILIPI 2:19-30 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi haraplah juga aku dŭngan bŭrkat Tuhan Isa akan mŭngirimkan Timothius dŭngan sŭgranya kapada kamu, supaya aku pun bulih mŭndapat pŭnghiburan yang baik, apabila kukŭtahui sagala hal ahwal kamu. Kŭrna sa’orang pun tiada sŭrtaku yang sama hati, yang mŭmpŭdulikan sagala ahwal kamu dŭngan sŭtiawannya. Kŭrna marika itu skalian mŭnchari hal dirinya sŭndiri, dan bukannya deri pŭrkara pŭrkara Isa Almasih. Tŭtapi kamu tahulah tandanya Timothius itu, iya itu spŭrti anak kapada bapanya, dŭmkianlah iya tŭlah bŭrkhodmat sŭrta dŭngan aku deri hal Injil. Maka sŭbab itulah harap aku akan mŭngirimkan dia itu dŭngan sŭgranya, sŭrta kulihat apakah kasudahannya halku ini. Akan tŭtapi haraplah aku dŭngan bŭrkat Tuhan, supaya aku pun sŭndiri akan datang juga dŭngan sŭgranya. Tapi pada sangkaku, baiklah juga mŭngirimkan Ipafroditus, saudaraku yang sama bŭkŭrja, dan kawan sŭldadu; tŭtapi iya itu surohan deripada kamu, dan yang tŭlah mŭmliharakan kakoranganku itu. Kŭrna iya tŭlah rindu akan kamu skalian, dan ada pŭnoh dŭngan kabratan, sŭbab kamu tŭlah mŭnŭngar iya sakit. Maka sŭsungguhnya iya tŭlah sakit payah hampir mati: tŭtapi dikasihani Allah akan dia: maka bukannya akan dia sahja, mŭlainkan aku pun, asal jangan aku mŭnaroh susah diatas susah. Maka sŭbab itulah aku tŭlah mŭngirimkan akan dia dŭngan tŭrlebih sŭgra, supaya apabila kamu bŭrtŭmu dŭngan dia kŭlak, kamu bulih bŭrsuka sukalah, dan supaya dukachitaku pun bulihlah bŭrkorangan. Maka sŭbab itu trimalah akan dia kŭrna Tuhan dŭngan bŭrsuka sukaan; dan hormatilah akan orang yang dŭmkian itu. Sŭbab pŭkŭrjaan Almasih hampir hampirlah iya mati, tiadalah iya mŭngindahkan jiwanya, sŭbab iya handak mŭnyampiekan kakorangan khodmat kamu akan daku.
FILIPI 2:19-30 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam Tuhan Yesus aku berharap akan dapat mengutus Timotius kepadamu dengan segera, supaya hatiku dihiburkan apabila mengetahui segala hal ehwalmu. Kerana tiada seorang bersamaku yang sama sepertinya dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwalmu. Semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan hal yang kepunyaan Yesus Kristus. Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil. Oleh itu, aku berharap akan mengutusnya dengan segera, sebaik-baik aku mengetahui bagaimana keadaanku. Tetapi aku yakin dalam Tuhan bahawa aku pun akan datang tidak lama lagi. Namun demikian, aku merasakan perlu menghantar kepadamu Epafroditus, saudaraku, rakan sekerja dan seperjuanganku, pesuruhmu yang telah melayaniku dalam keadaanku yang serba kekurangan. Sememangnya, dia merindui kamu semua, dan berasa susah hati disebabkan kamu telah mendengar bahawa dia sakit. Memang benar dia sakit, hampir mati, tetapi Allah berbelas kasihan kepadanya, bukan hanya dia tetapi aku juga, supaya kesedihanku tidak bertimpa-timpa. Oleh itu, aku menghantarnya dengan rela dan segera, supaya kamu bersukacita dapat bertemu lagi dengannya, dan supaya aku juga kurang khuatir. Sambutlah dia dalam Tuhan dengan sepenuh sukacita, dan hormatilah orang yang sedemikian. Kerana untuk pekerjaan Kristus dia hampir mati, mempertaruhkan nyawanya untuk menyempurnakan apa-apa yang kurang dalam layananmu kepadaku.