FILIPI 2:19-23
FILIPI 2:19-23 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berharap bahawa dengan pertolongan Tuhan Yesus, aku dapat segera mengutus Timotius kepada kamu, supaya berita tentang kamu boleh menenteramkan hatiku. Timotius satu-satunya orang yang sehati denganku, dan dia benar-benar mengambil berat tentang kamu. Semua orang lain sibuk mengurus kepentingan sendiri dan bukan kepentingan Yesus Kristus. Kamu sendiri tahu bahawa Timotius sudah membuktikan betapa baik keperibadiannya. Aku dan Timotius sama seperti bapa dengan anak, yang sudah bekerja bersama-sama untuk menyebarkan Berita Baik. Oleh itu aku bercadang mengutus dia kepada kamu, sebaik sahaja aku mengetahui apa yang akan berlaku kepadaku.
FILIPI 2:19-23 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Akan tŭtapi haraplah juga aku dŭngan bŭrkat Tuhan Isa akan mŭngirimkan Timothius dŭngan sŭgranya kapada kamu, supaya aku pun bulih mŭndapat pŭnghiburan yang baik, apabila kukŭtahui sagala hal ahwal kamu. Kŭrna sa’orang pun tiada sŭrtaku yang sama hati, yang mŭmpŭdulikan sagala ahwal kamu dŭngan sŭtiawannya. Kŭrna marika itu skalian mŭnchari hal dirinya sŭndiri, dan bukannya deri pŭrkara pŭrkara Isa Almasih. Tŭtapi kamu tahulah tandanya Timothius itu, iya itu spŭrti anak kapada bapanya, dŭmkianlah iya tŭlah bŭrkhodmat sŭrta dŭngan aku deri hal Injil. Maka sŭbab itulah harap aku akan mŭngirimkan dia itu dŭngan sŭgranya, sŭrta kulihat apakah kasudahannya halku ini.
FILIPI 2:19-23 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam Tuhan Yesus aku berharap akan dapat mengutus Timotius kepadamu dengan segera, supaya hatiku dihiburkan apabila mengetahui segala hal ehwalmu. Kerana tiada seorang bersamaku yang sama sepertinya dan bersungguh-sungguh mengambil berat tentang hal ehwalmu. Semua orang mementingkan hal sendiri, tetapi bukan hal yang kepunyaan Yesus Kristus. Tetapi kamu mengetahui kelakuannya yang sudah teruji, seperti anak dengan bapa dia berkhidmat bersamaku dalam penyebaran Injil. Oleh itu, aku berharap akan mengutusnya dengan segera, sebaik-baik aku mengetahui bagaimana keadaanku.