FILIPI 2:14-17
FILIPI 2:14-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Lakukanlah segala sesuatu tanpa bersungut-sungut atau bertengkar. Dengan demikian kamu menunjukkan ketulusan dan kemurnian sebagai anak-anak Allah yang tidak bercela, yang hidup di kalangan orang jahat dan berdosa. Ketika kamu menyampaikan berita yang memberikan hidup yang sejati, kamu harus bersinar antara mereka seperti bintang menerangi langit. Jika kamu berbuat demikian, aku mempunyai alasan untuk berbangga dengan kamu pada Hari Kristus datang kembali. Hal itu membuktikan bahawa segala usaha dan jerih payahku tidak sia-sia. Mungkin aku akan dibunuh dan darahku menjadi seperti persembahan yang dicurahkan di atas korban yang kamu persembahkan kepada Allah, sebagai tanda bahawa kamu percaya kepada-Nya. Jika demikian, aku bersyukur dan bersukacita dengan kamu semua.
FILIPI 2:14-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Pŭrbuatlah akan sagala pŭrkara dŭngan tiada bŭrsungot dan pŭrbantahan; Supaya kamu mŭnjadi orang yang tiada bŭrsalah, dan tiada pŭngapakan, spŭrti anak anak Allah yang tiada dapat dichŭla diantara bangsa yang bengkang bengkok, dan kachau belot, maka diantaranyalah kamu kŭlak bŭrchahya spŭrti trang dalam dunia. Mŭmaskorkan pŭrkataan slamat, supaya aku kŭlak akan bŭrsuka chita pada hari datang Almasih, supaya aku tiada bŭrlari lari dŭngan sia sia, atau bŭrlŭlah dŭngan sia sia. Bahkan, jikalau kiranya aku ini dipŭrsŭmbahkan atas korban, dan pŭkŭrjaan iman kamu skali pun, maka suka chitalah juga aku, dan bŭrsuka sukalah bŭsŭrta dŭngan kamu skalian.
FILIPI 2:14-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dalam segala perbuatanmu janganlah bersungut-sungut dan berbantah-bantah, supaya dirimu tidak beraib dan bersalah, dan kamu menjadi anak-anak Allah yang tidak bercela antara manusia. Dalam zaman yang penuh tipu daya dan perbuatan songsang, maka terserlahlah kamu seperti bintang dalam dunia, berpegang teguh pada firman yang memberikan kehidupan. Dengan demikian aku dapat bersukacita pada hari Kristus kerana hidup dan usahaku tidak sia-sia. Walaupun sekiranya aku dicurahkan seperti minuman yang dipersembahkan sebagai korban dan khidmat imanmu, aku berbahagia dan bersukacita bersama kamu semua.