FILIPI 2:1-8
FILIPI 2:1-8 Alkitab Berita Baik (BM)
Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah, dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan. Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama. Janganlah lakukan sesuatu bagi kepentingan diri sendiri, atau kerana hendak menyombongkan diri. Sebaliknya dengan rendah hati, anggaplah orang lain lebih baik daripada diri sendiri. Utamakan kepentingan orang lain, jangan hanya kepentingan diri sendiri. Sikap kamu hendaklah seperti sikap Kristus Yesus: Sebenarnya Dia ilahi, tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya. Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya, lalu menjadi seperti seorang hamba. Dia datang sebagai manusia, dan hidup seperti manusia. Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati - iaitu mati di atas salib.
FILIPI 2:1-8 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA jikalau kiranya ada barang kasŭnangan deripada Almasih, jikalau ada barang pŭnghiburan deripada kasih, jikalau ada barang sŭkutuan deripada Roh, jikalau ada barang buah hati dan kamurahan, Mŭnggŭnapilah kasukaanku, supaya bŭrsamaanlah ingatanmu, sŭbab ada mŭnaroh sama kasih, sŭbab ada sama sŭfakat, dan sama hati. Maka janganlah kamu bŭrbuat barang suatu pŭrkara jua pun dŭngan pŭrbantahan, atau dŭngan mŭnchari kamŭgahan yang sia sia; tŭtapi dŭngan rŭndah hati, biarlah masing masing mŭngasihi sa’orang akan sa’orang tŭrlebih deripada dirinya sŭndiri. Janganlah masing masing mŭlihat halnya sŭndiri sahja, tŭtapi handaklah masing masing mŭlihat hal hal orang lain pun. Maka biarlah kiranya ada ingatan yang dŭmkian itu dalam kamu spŭrti yang sudah ada dalam Isa Almasih. Sŭbab ada iya dalam kaadaan Allah, tiadalah iya sangka rampasan kalau iya mŭnjadi stara dŭngan Allah. Tŭtapi iya tiada mŭnchari kabilangan, mŭlainkan iya mŭnjadikan dirinya bŭrsifat hamba lalu dijadikannya sama dŭngan manusia. Maka sŭtlah didapati akan dia dŭngan hal manusia, maka dirŭndahkannyalah dirinya, lalu tŭrta’loklah iya kapada maut, mŭskipun kapada kŭmatian salib.
FILIPI 2:1-8 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh itu, jika ada galakan kerana bersatu dalam Kristus, jika ada penghiburan hati kerana kasih-Nya, jika ada keakraban dalam Roh, jika ada lemah lembut dan belas kasih, sempurnakanlah kebahagiaanku dengan berkeadaan sejiwa, mempunyai kasih yang sama, sepakat dan bersatu hati. Janganlah lakukan apa pun kerana kepentingan diri sendiri atau keangkuhan. Dalam kerendahan hati biarlah setiap orang menganggap yang lain lebih tinggi daripada dirinya. Tiap-tiap seorang daripada kamu janganlah menjaga kepentingan diri sahaja, jagalah juga kepentingan orang lain. Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam Kristus Yesus: Dia yang sekalipun dalam bentuk Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan, tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang hamba, dan datang dengan rupa manusia. Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian, bahkan kematian di salib!