FILIPI 1:9-11
FILIPI 1:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berdoa supaya kasih kamu kepada Allah dan sesama manusia terus bertambah, sehingga kamu tahu akan apa yang benar dan dapat membuat pertimbangan yang sempurna. Dengan demikian kamu dapat memilih apa yang terbaik, sehingga pada Hari Kristus datang kembali kamu bebas daripada segala celaan dan tuduhan. Hidup kamu akan penuh dengan perbuatan yang benar-benar baik, kerana Yesus Kristus sahaja yang dapat menyebabkan kamu berbuat demikian. Oleh itu Allah akan dimuliakan dan dipuji.
FILIPI 1:9-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka inilah kupohonkan, supaya pŭngasihan kamu itu kŭlak makin lama makinlah bŭrtambah tambah dŭngan pŭngatahuan, dan dŭngan sagala akal halus; Supaya kamu dapat mŭngujikan pŭrkara pŭrkara yang tiada bŭrbetha; dan supaya kamu mŭnjadi tulos dŭngan tiada mŭndatangkan shak sampie kapada hari Almasih. Sŭbab kamu adalah bŭrisi dŭngan buah buahan kabŭnaran, iya itu yang deripada Isa Almasih, bagie kamuliaan dan kapujian Allah.
FILIPI 1:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah doaku: Semoga kasihmu bertambah-tambah dengan pengetahuan dan pengertian, supaya kamu dapat mengetahui perkara-perkara yang baik, sentiasa tulus ikhlas dan tidak bersalah hingga hari Kristus, serta dipenuhi dengan buah perbenaran yang datang melalui Yesus Kristus, untuk memuji dan memuliakan Allah.