FILIPI 1:20-22
FILIPI 1:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku berharap dengan sepenuh hati supaya jangan sekali-kali aku gagal dalam tugasku. Tetapi pada setiap masa, terutama sekali sekarang, aku dapat berkata-kata dengan berani, sehingga dengan segenap jiwa raga, aku akan menyebabkan orang memuliakan Kristus, sama ada aku hidup ataupun mati. Bagiku, hidup itu mengabdi kepada Kristus, dan kematian lebih berfaedah. Tetapi jika dengan hidup di dunia ini, aku dapat melakukan lebih banyak pekerjaan yang berguna, aku tidak pasti yang mana akan aku pilih.
FILIPI 1:20-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Spŭrti dŭngan bŭrahi, kumŭnantikan sŭrta harap, dalam suatu jua pun tiada aku mŭnjadi malu, tŭtapi dŭngan sangat brani, spŭrti pada sŭdiakalanya, maka dŭmkian juga skarang pun, Almasih itu akan dimŭgahkan dalam diriku, baik dŭngan hidop, baik dŭngan mati. Adapun hidopku ini kŭrna Almasih adanya, dan mati itulah kauntonganku. Tŭtapi jikalau hidop juga tubohku, maka inilah buah buahan kalŭlahanku: akan tŭtapi manakah yang handak kupileh itu tiadalah kukŭtahui.
FILIPI 1:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Adalah jangkaan dan harapanku yang bersungguh-sungguh bahawa dalam apa hal pun aku tidak dipermalu, melainkan dengan segala keberanianku seperti biasa, maka sekarang juga Kristus akan ditinggikan dalam diriku, baik melalui hidup mahupun mati. Kerana bagiku, hidup ialah Kristus, dan mati ialah keuntungan. Tetapi jika aku terus hidup dari segi jasmani, ini akan bermakna usahaku membuahkan hasil. Namun yang mana akan kupilih? Aku tidak tahu!