FILIPI 1:13-18
FILIPI 1:13-18 Alkitab Berita Baik (BM)
Akibatnya, semua pengawal istana dan orang di sini tahu bahawa aku dipenjarakan kerana aku hamba Kristus. Oleh sebab aku dipenjarakan, kebanyakan orang Kristian di kota ini mempunyai keyakinan yang lebih teguh kepada Tuhan. Mereka semakin berani mengkhabarkan berita itu tanpa berasa takut. Memang beberapa orang antara mereka mengkhabarkan Kristus kerana iri hati terhadap aku serta suka bertengkar. Tetapi yang lain mengisytiharkan Kristus dengan maksud yang baik. Mereka melakukan hal itu kerana mengasihi Allah dan aku. Mereka tahu bahawa Allah telah melantik aku untuk mempertahankan Berita Baik itu. Orang lain mengkhabarkan Kristus dengan maksud yang tidak baik. Mereka melakukannya untuk kepentingan diri sendiri, kerana menyangka hal itu akan lebih menyusahkan aku sementara aku di dalam penjara. Tetapi tidak mengapa! Aku tetap bergembira, asal sahaja Kristus diberitakan dengan segala cara, baik dengan maksud yang baik ataupun yang salah. Aku akan terus bersukacita
FILIPI 1:13-18 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Sahingga nyatalah bŭlungguku itu kŭrna Almasih pada sŭgŭnap istana, dan pada sagala tŭmpat tŭmpat yang lain pun. Maka banyaklah saudara saudara yang dalam agama Tuhan bŭrtambah tambah yakin ulih sŭbab blungguku itu, maka makinlab lebih braninya bŭrkata kata pŭrkataan Allah dŭngan tiada takot. Maka sungguh pun ada juga sŭtŭngah orang yang mŭngajar derihal Almasih itu, dŭngan kadŭngkian dan pŭrbantahan, dan sŭtŭngah orang pula dŭngan karelaan hatinya. Maka sŭtŭngah yang mŭngajar derihal Almasih itu dŭngan pŭrbantahan, tiada dŭngan tulos hatinya, pada sangkanya iya handak mŭnambahi kasukaran blungguku. Tŭtapi yang lain itu dŭngan kasih, sŭbab dikŭtahuinya aku ini dilŭtakkannya supaya mŭnjadi pŭnangkis Injil. Apatah kŭlak? kŭndatilah bagimana pun baik, kalau dŭngan pura pura, atau dŭngan sŭbŭnarnya diajarkan derihal Almasih itu; maka dalam hal dŭmkian itu gŭmarlah aku, bahkan aku handak bŭrgŭmar juga.
FILIPI 1:13-18 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dengan demikian, nyatalah dalam kalangan seluruh pengawal istana dan orang ramai bahawa aku dipenjarakan kerana Kristus. Juga, kebanyakan saudara kita dalam Tuhan menjadi yakin kerana aku dipenjarakan, mereka semakin berani menyebarkan firman Allah tanpa ketakutan. Ada orang yang memberitakan Kristus kerana hasad dengki dan persaingan, manakala ada juga dengan niat baik. Mereka ini melakukannya dengan kasih, kerana tahu bahawa aku telah ditugaskan untuk mempertahankan Injil. Sebaliknya, golongan yang pertama itu mengajar tentang Kristus untuk kepentingan diri sendiri, bukan dengan ikhlas, kerana mereka menyangka dengan berbuat demikian mereka dapat menyusahkan lagi aku yang terpenjara. Oleh itu, bagaimana pula? Hal itu, bagiku tidak penting. Walau dengan apa cara sekalipun, baik berpura-pura mahupun ikhlas, Kristus sedang diberitakan. Dan kerana ini aku bersukacita dan akan terus bersukacita.