FILIPI 1:1-6
FILIPI 1:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Surat daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, dan surat ini ditujukan kepada umat Allah di Filipi yang bersatu dengan Kristus, termasuk para pemimpin dan penolong jemaah. Semoga Allah Bapa kita dan Tuhan Yesus Kristus mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan. Setiap kali aku teringat akan kamu, aku bersyukur kepada Allah. Setiap kali aku berdoa untuk kamu, aku berdoa dengan sukacita. Aku bersukacita kerana kamu telah menolong aku sehingga dapat mengkhabarkan Berita Baik itu, sejak hari pertama sehingga sekarang. Aku yakin bahawa Allah, yang sudah memulakan pekerjaan yang baik pada diri kamu, akan meneruskannya sehingga selesai pada Hari Kristus Yesus datang kembali.
FILIPI 1:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA Paulus dan Timothius, iya itu hamba hamba Isa Almasih, datang kapada sagala orang salih yang dalam agama Isa Almasih yang ada dinŭgri Filippi, sŭrta dŭngan sagala guru guru, dan sagala khadam khadam dalam agama. Maka nihmat, dan slamat deripada Allah iya itu Ayah kami, dan Tuhan Isa Almasih biarlah kiranya diatas kamu. Bahwa mŭnguchap shukorlah aku kapada Allahku, pada tiap tiap kali kutŭringat akan kamu. Sŭrta sŭntiasa dalam sagala doaku bagie kamu, kupohonkan dŭngan tŭrmasa; Kŭrna sŭbab pŭrskutuan kamu dŭngan Injil deri pŭrmulaan hari sampielah skarang ini. Sŭbab adalah kupŭrchaya akan pŭrkara inilah juga, iya itu Tuhan yang tŭlah mŭmulai suatu pŭkŭrjaan yang baik dalammu itu, maka iyalah juga kŭlak akan mŭnyampornakan dia itu sampie kapada masa kadatangan Isa Almasih.
FILIPI 1:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Daripada Paulus dan Timotius, hamba-hamba Kristus Yesus, Kepada semua orang salih dalam Kristus Yesus di Filipi, serta para penyelia dan penolong jemaah: Kasih kurnia dan damai sejahtera kepadamu daripada Bapa kita Allah dan daripada Tuhan Yesus Kristus. Aku bersyukur kepada Allah setiap kali aku teringat akan kamu dan aku sentiasa mendoakanmu dengan sukacita dalam setiap permohonanku, kerana persahabatanmu dalam Injil dari mulanya hingga sekarang. Aku yakin bahawa Allah yang telah memulakan suatu pekerjaan yang baik dalam dirimu akan menyudahkannya hingga hari Yesus Kristus.