BILANGAN 4:48 - Bandingkan Semua Versi
BILANGAN 4:34-48 BM (Alkitab Berita Baik)
Musa, Harun, dan para pemimpin Israel membanci tiga puak suku Lewi, iaitu puak Kehat, Gerson, dan Merari, menurut perintah TUHAN kepada mereka. Mereka membanci puak-puak itu menurut puak kecil dan keluarga masing-masing. Mereka juga mendaftarkan semua orang lelaki yang berumur di antara 30 dan 50 tahun, yang layak bekerja di dalam Khemah TUHAN. Bilangan mereka adalah seperti berikut