Langkau ke kandungan

BILANGAN 35:30 - Bandingkan Semua Versi

BILANGAN 35:30 BM (Alkitab Berita Baik)

Seseorang yang didakwa sebagai pembunuh, boleh didapati bersalah dan dihukum mati, jika hal itu dapat dibuktikan oleh dua atau lebih orang saksi. Kesaksian satu orang tidak cukup bagi perkara pembunuhan.

BILANGAN 35:30 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Hendaklah sesiapa yang membunuh orang lain dikenakan hukum mati ke atas keterangan saksi. Namun demikian, seorang saksi sahaja tidak cukup untuk dapat menjatuhkan hukuman mati ke atas seseorang.