NEHEMIA 10:39
NEHEMIA 10:39 Alkitab Berita Baik (BM)
Umat Israel dan orang Lewi harus membawa persembahan biji-bijian, wain, dan minyak zaitun yang sudah dikumpulkan itu ke stor-stor bekalan, iaitu di tempat menyimpan peralatan Rumah TUHAN. Di situ juga tempat tinggal para imam yang sedang bertugas, para pengawal Rumah TUHAN, dan para penyanyi di Rumah TUHAN. Kami tidak mahu mengabaikan Rumah TUHAN kami.
NEHEMIA 10:39 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Orang Israel daripada bani Lewi harus membawa persembahan khusus berupa gandum, air anggur, dan minyak ke bilik-bilik itu. Di sana ada segala kelengkapan tempat suci, para imam yang menyelenggarakan ibadat, para penjaga pintu gerbang, dan para penyanyi. Kami tidak akan mengabaikan Bait Allah kami.