NEHEMIA 1:6 - Compare All Versions
NEHEMIA 1:6 BM (Alkitab Berita Baik)
Pandanglah aku, ya TUHAN, dan dengarlah doaku, sedang aku berdoa siang dan malam untuk hamba-hamba-Mu, umat Israel. Aku mengaku bahawa kami, umat Israel, sudah berdosa. Nenek moyangku dan aku sudah berdosa.
Kongsi
NEHEMIA 1 BMNEHEMIA 1:6 AVB (Alkitab Versi Borneo)
semoga telinga-Mu mendengar dan mata-Mu terbuka untuk mendengar doa hamba-Mu yang sekarang kupanjatkan di hadapan-Mu siang dan malam bagi orang Israel, para hamba-Mu. Aku mengaku bahawa kami, orang Israel, termasuk aku dan seisi keluargaku, telah berdosa terhadap Engkau.
Kongsi
NEHEMIA 1 AVB