MARKUS 7:6-13
MARKUS 7:6-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus menjawab, “Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya, tatkala dia bernubuat tentang kamu! Kamu munafik, seperti yang dituliskan oleh Yesaya di dalam kitabnya, ‘Demikianlah firman Allah: Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata, tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka menyembah Aku, kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ Kamu tidak mempedulikan perintah Allah supaya kamu dapat menurut ajaran manusia.” Yesus berkata pula, “Cerdik sekali cara kamu menolak perintah Allah untuk mempertahankan ajaran kamu sendiri. Musa memberikan perintah ini, ‘Hormatilah ibu bapamu,’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati.’ Tetapi kamu memberikan ajaran berikut: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya jadikan Korban. Semuanya sudah saya persembahkan kepada Allah.’ Maka orang itu tidak payah menolong ibu bapanya. Dengan jalan ini ajaran yang kamu sampaikan kepada orang lain, meniadakan firman Allah. Banyak lagi perkara seperti ini yang kamu lakukan.”
MARKUS 7:6-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka jawab Isa, sŭrta katanya kapada marika itu, Bŭtollah juga spŭrti dinabuatkan ulih Jasia derihal orang orang munafik, spŭrti yang tŭrtulis, Adapun kaum ini mŭnghormatkan aku dŭngan bibernya sahja, tŭtapi hati marika itu jauh deri padaku. Maka dŭngan sia sia marika itu mŭnyŭmbah akan daku handak mŭngajar hukum hukum manusia itu ganti hukum Allah. Kŭrna ditarohkannya sŭblah akan hukum Allah, maka dipŭgangnya adat adat manusia, spŭrti mŭmbasoh blanga, dan mangkok, dan bŭbrapa pula pŭrkara pŭrkara yang sŭbagienya kamu bŭrbuat. Sŭrta kata kapada marika itu, bŭnar sungguh kamu tŭlah mŭnolakkan hukum Allah itu, supaya bulih kamu mŭmakie adat nenek moyangmu sŭndiri. Kŭrna kata Musa, Brilah hormat akan ibu bapamu, maka barang siapa mŭmbri la’nat akan bapa atau ibunya, biarlah iya mati dibunoh. Tŭtapi kamu bŭrkata, Jikalau sa’orang manusia bŭrkata kapada bapa atau ibunya, Itulah korban, iya itu artinya suatu pŭmbrian, maka deripada apa pun baik kamu mŭndapat untong ulih aku, maka iya itu kŭlak tŭrlŭpas. Maka kamu tiadalah kŭlak mŭmbiarkan dia bŭrbuat barang apa kapada bapa atau ibunya itu. Maka mŭnjadikan pŭrkataan Allah itu satu pun tidak bŭrfieda, ulih sŭbab adat adat nenek moyangmu yang tŭlah kamu ajar, dan banyak pŭrkara sŭbagienya yang kamu bŭrbuat.
MARKUS 7:6-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus menjawab, “Tepat sekali kata-kata Yesaya dalam nubuatnya tentangmu, hai orang munafik; seperti yang tersurat: ‘Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka beribadat kepada-Ku; sedangkan ajaran yang diajarkan mereka ialah peraturan manusia.’ Kamu mengetepikan perintah Allah untuk menurut adat istiadat manusia.” Yesus berkata lagi: “Kamu sungguh pandai menyingkirkan perintah Allah untuk menegakkan adat istiadatmu sendiri! Musa menyampaikan perintah ini, ‘Hormatilah ibu bapamu’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa sendiri mesti dihukum mati.’ Tetapi kamu mengajar: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang harus kugunakan untuk membantu ayah dan ibu, sudah kujadikan korban’ (iaitu telah dipersembahkan kepada Allah), maka orang itu tidak perlu menolong ibu bapa. Jadi, adat istiadat yang kamu sampaikan membatalkan firman Allah. Banyak lagi perkara sedemikian yang kamu lakukan.”