MARKUS 7:31-35
MARKUS 7:31-35 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus meninggalkan daerah sekitar Tirus dan meneruskan perjalanan ke Tasik Galilea melalui Sidon. Dia melalui daerah Sepuluh Kota. Di situ beberapa orang membawa seorang tuli yang ada kecacatan pertuturan, kepada-Nya. Mereka memohon supaya Yesus meletakkan tangan-Nya pada orang itu. Yesus membawa dia ke tepi, jauh dari orang ramai, lalu memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang itu. Setelah itu Yesus meludah dan menjamah lidah orang itu. Kemudian Yesus menengadah ke langit dan menarik nafas panjang. Lalu Dia berkata kepada orang itu, “Effata,” yang bererti, “Terbukalah!” Seketika itu juga telinga orang itu terbuka, lidahnya pulih, lalu dia mula bercakap dengan mudah.
MARKUS 7:31-35 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka bŭrjalanlah pula lagi Isa deri jajahan Thor dan Sidon, maka datanglah iya kapada tasik Galilia mŭnŭrosi tŭngah tŭngah jajahan Dikapulis. Maka dibawalah ulih marika itu kapadanya sa’orang orang pŭkak yang telor pŭrkataannya, maka dipintalah ulih marika itu kapadanya, supaya dibubohnya tangan kaatasnya. Maka diambillah ulih Isa akan dia diasingkannya deripada bŭlatantara itu, maka dibubohkannya jarinya kadalam tŭlinganya sŭrta diludahkannya, maka dijamahnya lidahnya; Lalu tŭngadahlah iya kalangit, sŭrta bŭrkŭloh sambil katanya kapadanya, Ifphatha, yaani, tŭrbukalah. Maka tiba tiba tŭrbukalah tŭlinganya, dan urat lidahnya pun tŭrluchutlah, maka bŭrtutorlah iya dŭngan trang.
MARKUS 7:31-35 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas itu Yesus meninggalkan daerah Tirus, meneruskan perjalanan ke Laut Galilea melalui Sidon, ke tengah-tengah daerah Sepuluh Kota. Di sana seorang bisu tuli dibawa kepada-Nya dengan permohonan agar Yesus meletakkan tangan padanya. Yesus membawanya ke samping, jauh daripada orang ramai itu, lalu memasukkan jari-Nya ke dalam kedua-dua belah telinga orang itu. Kemudian Dia meludah dan menyentuh lidah orang itu. Selepas itu, Dia menengadah ke langit lalu menarik nafas panjang dan berkata kepada orang itu, “Efata!” (ertinya “Terbukalah!”). Serta-merta telinga orang itu terbuka dan lidahnya pulih, lalu dia bertutur dengan baik.