MARKUS 6:41-43
MARKUS 6:41-43 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul.
MARKUS 6:41-43 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tŭngadahlah iya kŭlangit, sŭrta dibŭrkatinya, lalu dipŭchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya, disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian. Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kŭnyang. Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol pŭnoh sisa sisa dan ikan ikan itu.
MARKUS 6:41-43 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan dan ikan sebanyak dua belas bakul.