MARKUS 6:35-44
MARKUS 6:35-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila hari hampir sŭnjakala, datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Ini tŭmpat sunyi, maka skarang waktu sudah tŭrlampau: Surohkanlah marika itu pŭrgi, supaya bulih dia orang pŭrgi kadalam nŭgri nŭgri bŭrkliling tŭmpat, dan kadalam duson duson, mŭmbŭli bagie dirinya roti, kŭrna marika itu tiada barang apa handak makan. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Brilah kamu makan akan marika itu, maka kata marika itu kapadanya, Bulihkah kami pŭrgi mŭmbŭli roti harga barang dua ratus dinar, akan mŭmbri makan marika itu? Maka kata Isa kapada marika itu, Brapakah roti ada kapada kamu? pŭrgilah lihat; sŭtlah dikŭtahui ulih marika itu, katanya, Lima buah, dan dua ekor ikan. Maka disurohkanlah ulih Isa kapada murid muridnya suroh dudok orang orang itu bŭrklompok klompok diatas rumpot yang hijau itu. Maka dudoklah marika itu bŭrpangkat pangkat, ada yang bŭratus ratus, ada yang lima puloh. Maka apabila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tŭngadahlah iya kŭlangit, sŭrta dibŭrkatinya, lalu dipŭchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya, disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian. Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kŭnyang. Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol pŭnoh sisa sisa dan ikan ikan itu. Maka adapun orang yang makan roti itu ada kira kira lima ribu orang.
MARKUS 6:35-44 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila hari sudah petang, pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Hari sudah hampir malam dan tempat ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi. Biarlah mereka pergi ke pekan dan kampung di sekitar sini untuk membeli makanan.” Tetapi Yesus menjawab, “Sebaiknya kamu beri mereka makanan.” Pengikut-pengikut-Nya bertanya, “Adakah Guru mahu kami pergi membeli roti seharga dua ratus keping wang perak supaya kami dapat memberikan makanan kepada mereka?” Yesus berkata kepada mereka, “Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.” Setelah mereka pergi melihat, mereka berkata, “Lima ketul roti dan dua ekor ikan.” Lalu Yesus memberitahu pengikut-pengikut-Nya supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di rumput yang hijau. Mereka pun duduk dengan teratur dalam kelompok. Ada yang seratus orang sekelompok dan ada pula yang lima puluh orang. Setelah itu Yesus mengambil lima ketul roti dan dua ekor ikan itu. Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagikan roti itu lalu menyerahkannya kepada pengikut-pengikut-Nya supaya diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagi-bahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Tiap-tiap orang makan sehingga kenyang. Selepas itu pengikut-pengikut-Nya mengumpulkan lebihan makanan sebanyak dua belas buah bakul. Jumlah orang lelaki yang makan roti itu kira-kira lima ribu orang.
MARKUS 6:35-44 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila hari hampir sŭnjakala, datanglah murid muridnya kapadanya, katanya, Ini tŭmpat sunyi, maka skarang waktu sudah tŭrlampau: Surohkanlah marika itu pŭrgi, supaya bulih dia orang pŭrgi kadalam nŭgri nŭgri bŭrkliling tŭmpat, dan kadalam duson duson, mŭmbŭli bagie dirinya roti, kŭrna marika itu tiada barang apa handak makan. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Brilah kamu makan akan marika itu, maka kata marika itu kapadanya, Bulihkah kami pŭrgi mŭmbŭli roti harga barang dua ratus dinar, akan mŭmbri makan marika itu? Maka kata Isa kapada marika itu, Brapakah roti ada kapada kamu? pŭrgilah lihat; sŭtlah dikŭtahui ulih marika itu, katanya, Lima buah, dan dua ekor ikan. Maka disurohkanlah ulih Isa kapada murid muridnya suroh dudok orang orang itu bŭrklompok klompok diatas rumpot yang hijau itu. Maka dudoklah marika itu bŭrpangkat pangkat, ada yang bŭratus ratus, ada yang lima puloh. Maka apabila diambil ulih Isa lima buah roti, dan dua ekor ikan itu, lalu tŭngadahlah iya kŭlangit, sŭrta dibŭrkatinya, lalu dipŭchahkannya roti itu, dibrikannya kapada murid muridnya, disurohnya taroh dihadapan marika itu, maka ikan yang dua ekor itu pun dibahgikannya kapada marika itu skalian. Maka dimakanlah ulih marika itu skalian sampie kŭnyang. Maka diangkatlah ulih marika itu dua blas bakol pŭnoh sisa sisa dan ikan ikan itu. Maka adapun orang yang makan roti itu ada kira kira lima ribu orang.
MARKUS 6:35-44 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ketika hari sudah petang, para murid Yesus datang kepada-Nya dan berkata, “Hari sudah hampir malam dan kawasan ini terpencil. Suruhlah semua orang ini pergi supaya mereka ke pekan atau ke kampung yang berdekatan untuk membeli makanan.” Tetapi Yesus menjawab, “Kamu berilah mereka makan.” Para murid-Nya bertanya, “Haruskah kami pergi membeli roti berharga dua ratus keping wang dinar untuk memberi mereka makan?” Yesus bertanya, “Pergilah lihat berapa banyak roti yang ada pada kamu.” Setelah mereka memeriksanya, mereka berkata, “Lima buku roti dan dua ekor ikan.” Yesus mengarahkan mereka supaya menyuruh semua orang di situ duduk berkelompok-kelompok di atas rumput. Mereka pun duduk dalam kelompok; ada yang seratus orang sekelompok dan ada yang lima puluh orang. Setelah Yesus mengambil lima buku roti dan dua ekor ikan itu, Dia menengadah ke langit dan mengucap syukur. Kemudian Dia memecah-mecahkan roti itu dan menghulurkannya kepada murid-murid-Nya untuk diberikan kepada orang ramai itu. Dia juga membahagikan dua ekor ikan itu kepada mereka semua. Mereka semuanya makan sehingga kenyang. Para murid-Nya mengumpulkan lebihan makanan dan ikan sebanyak dua belas bakul. Jumlah orang lelaki yang makan itu kira-kira lima ribu orang.