MARKUS 3:13-19
MARKUS 3:13-19 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian Yesus pergi ke kawasan berbukit. Dia memanggil semua orang yang dikehendaki-Nya. Mereka datang, lalu Yesus memilih dua belas orang antara mereka. Dia berkata kepada mereka, “Aku telah memilih kamu supaya menyertai Aku. Aku juga mengutus kamu untuk mengisytiharkan Berita Baik daripada Allah. Kamu akan mendapat kuasa untuk mengusir roh jahat.” Inilah dua belas orang yang dipilih-Nya: Simon (yang juga disebut-Nya Petrus); Yakobus dan saudaranya, Yohanes iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini diberikan-Nya nama Boanerges, yang bererti “anak guntur”); Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon Si Patriot, dan juga Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.
MARKUS 3:13-19 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hata maka naiklah iya ka’atas sa’buah gunong, sŭrta dipanggilnya barang siapa yang dikahandakinya, maka marika itu pun datanglah kapadanya. Maka dijadikannyalah dua blas orang, supaya handaklah marika itu bŭrsama sama dŭngan dia, dan supaya bulih disurohkannya marika itu pŭrgi mŭngajar ajar; Sŭrta bŭrulih kwasa akan mŭnyŭmboh sagala pŭnyakit, dan mŭmbuangkan sagala jin. Adapun Simon itu digŭlarnya Petros; Dan Yakob anak Zabdi, sŭrta Yahya saudaranya, digŭlarnya Boanerjes, iya itu artinya anak anak guntor. Dan lagi Andria, dan Filipus, dan Bartholomew, dan Mathius, dan Tomas, dan Yakob anak Alfius, dan Thadius, dan Simon orang Kanaan. Dan Yuda Iskariot yang mŭnyŭrahkan dia; maka marika itu masok kadalam sa’buah rumah.
MARKUS 3:13-19 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian Yesus naik ke bukit. Dia memanggil semua orang yang dikehendaki-Nya lalu mereka datang kepada-Nya. Yesus memilih dua belas orang antara murid-Nya itu untuk menyertai-Nya dan untuk diutus-Nya memberitakan Injil serta dikurniai kuasa untuk menghalau roh-roh iblis. Dua belas orang yang dipilih-Nya itu ialah: Simon (yang juga diberi-Nya nama Petrus); Yakobus dan saudaranya Yohanes iaitu anak-anak Zebedeus (dua orang adik-beradik ini diberi-Nya nama Boanerges, yang bermakna Anak Petir); Andreas, Filipus, Bartolomeus, Matius, Tomas, Yakobus anak Alfeus, Tadeus, Simon orang Patriot dan juga Yudas Iskariot yang kelak mengkhianati-Nya.