MARKUS 10:3-5 - Compare All Versions

MARKUS 10:3-5 BM (Alkitab Berita Baik)

Yesus menjawab dengan bertanya, “Apakah perintah yang diberikan oleh Musa kepada kamu?” Mereka menjawab, “Musa membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai.” Yesus berkata kepada mereka, “Musa menulis perintah itu kerana kamu terlalu sukar diajar.

MARKUS 10:3-5 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka jawabnya sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Apakah yang dipŭsan ulih Musa akan dikau? Maka kata marika itu, Tŭlah diluluskan ulih Musa mŭmbuat suatu surat chŭrie, dan mŭmbuangkan pŭrampuan itu. Maka jawab Isa sŭrta bŭrkata kapada marika itu, Ulih sŭbab kras hati kamulah, maka disuratkan hukum ini.

MARKUS 10:3-5 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Dia menjawab, “Apa yang diperintahkan oleh Musa kepadamu?” Mereka berkata, “Musa membenarkan seseorang lelaki menulis surat cerai dan menyuruh isterinya pergi.” Yesus menjawab mereka, “Disebabkan hati kamu begitu tegar, Musa menuliskan peraturan itu.