MIKHA 5:1-5
MIKHA 5:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN berfirman, “Hai Betlehem Efrata, engkaulah salah satu kota yang terkecil di negeri Yehuda, tetapi daripadamu Aku akan memberi Israel seorang penguasa; asal usul nenek moyangnya bermula dari zaman purba.” Oleh itu TUHAN akan membiarkan umat-Nya dikuasai musuh sehingga wanita yang akan bersalin itu melahirkan anak lelakinya. Selepas itu orang dalam pembuangan akan berkumpul semula dengan sesama bangsa mereka. Apabila penguasa itu tiba, dia akan memerintah rakyatnya dengan kekuatan daripada TUHAN, dan dengan keagungan TUHAN, Allah sendiri. Rakyatnya akan hidup aman kerana semua bangsa di bumi akan mengakui kebesarannya, dan dia akan mendatangkan keamanan. Apabila orang Asyur menyerang negeri kita dan menembusi pertahanan kita, kita akan mengutus pemimpin-pemimpin yang paling kuat untuk melawan mereka. Dengan kekuatan senjata, mereka akan mengalahkan Asyur, tanah Nimrod, dan mereka akan menyelamatkan kita daripada serangan orang Asyur apabila mereka menyerang wilayah kita.
MIKHA 5:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sekarang berhimpunlah, wahai puteri yang berpasukan, pengepungan telah diadakan terhadap kita. Dengan tongkat mereka akan menghentam rahang orang yang memerintah Israel. “Tetapi engkau, wahai Betlehem Efrata, yang teramat kecil untuk berada di antara kaum-kaum Yehuda, daripada kamu akan muncul bagi-Ku seorang yang akan menjadi pemerintah di Israel. Asal usulnya sudah sejak zaman dahulu, sejak purbakala lagi.” Oleh sebab itu, dia akan membiarkan mereka sehingga tiba waktu perempuan yang dalam pelahiran telah melahirkan. Lalu saudara-saudaranya yang selebihnya akan kembali kepada orang Israel. Dia akan tampil dan akan menggembala mereka dengan kekuatan TUHAN, dalam keagungan nama TUHAN, Allahnya. Mereka akan tinggal dengan selamat, kerana pada waktu itu dia menjadi besar sampai ke hujung bumi. Dia ini akan menjadi sumber kesejahteraan. Apabila orang Asyur masuk ke negeri kita dan apabila mereka menginjak puri-puri kita, maka kita akan mengangkat tujuh orang gembala dan lapan orang pemimpin manusia untuk melawan mereka.