MATIUS 9:29-30 - Compare All Versions

MATIUS 9:29-30 BM (Alkitab Berita Baik)

Lalu Yesus menjamah mata mereka sambil berkata, “Kerana kamu percaya, berlakulah apa yang kamu harapkan!” Lalu mereka dapat melihat. Yesus berpesan kepada mereka dengan tegas, “Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun.”

MATIUS 9:29-30 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Yesus pun menyentuh mata mereka sambil berkata, “Kerana imanmu, terjadilah seperti apa yang kamu inginkan!” Pada ketika itu juga mereka menjadi celik. Yesus mengingatkan mereka, “Jangan ceritakan hal ini kepada siapa pun.”

MATIUS 9:29-30 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Tŭtkala itu maka dijamahnyalah matanya, sambil bŭrkata, Bagimana yang angkau pŭrchaya jadilah padamu. Maka tŭrchŭleklah matanya; lalu dilarangkan ulih Isa sangat pada marika itu, katanya, Ingat baik baik, supaya jangan dikŭtahui ulih sa’orang jua pun akan hal ini.