MATIUS 8:1-4
MATIUS 8:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus turun dari bukit, dan banyak orang mengikuti Dia. Lalu seorang berpenyakit kulit yang mengerikan datang dan berlutut di hadapan-Nya. Dia berkata, “Tuan, jika Tuan sudi, Tuan dapat menyembuhkan saya.” Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia dan berkata, “Aku mahu. Sembuhlah!” Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini, tetapi pergilah kepada imam dan mintalah dia mengesahkan kesembuhanmu. Kemudian persembahkanlah korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu betul-betul sudah sembuh.”
MATIUS 8:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA apabila Isa tŭlah turon deri atas bukit itu, maka pŭrhimpunan orang tŭrlalu banyak mŭngikot dia. Maka hieran, datanglah sa’orang bŭrkusta sujud akan dia, sŭraya katanya, Tuhan, jikalau angkau mahu kiranya, bulihlah Tuhan mŭnjadikan hamba suchi. Maka Isa pun mŭmanjangkan tangannya, lalu dijamahnya akan dia, katanya, Kumahu angkau suchilah; maka dŭngan skutika itu juga suchilah dia deripada kustanya itu. Maka kata Isa padanya, Ingatlah angkau baik baik, jangan bri tahu kapada sa’orang pun, mŭlainkan pŭrgilah tunjokkan dirimu kapada Imam, sŭrta pŭrsŭmbahkanlah pŭmbrian yang dipŭsan ulih Musa akan mŭnjadi tandah bagie marika itu.
MATIUS 8:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus turun dari bukit itu dan ramai orang mengikut-Nya. Seorang yang menghidap penyakit kusta datang bersujud di hadapan-Nya sambil berkata, “Tuan, sekiranya Tuan mahu, Tuan dapat mentahirkanku.” Yesus menghulurkan tangan-Nya dan menyentuh orang itu sambil berkata, “Aku mahu. Tahirlah!” Pada saat itu juga penyakit kustanya hilang. Lalu Yesus berkata kepadanya, “Dengarlah, jangan beritahu sesiapa pun hal ini. Pergilah dan tunjukkan dirimu kepada imam. Kemudian, persembahkan korban seperti yang diperintahkan oleh Musa, sebagai kesaksian kepada mereka.”