MATIUS 6:19-24
MATIUS 6:19-24 Alkitab Berita Baik (BM)
“Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di situ gegat dan karat merosakkannya, dan pencuri datang untuk mencurinya. Kumpulkanlah harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya, dan pencuri tidak datang untuk mencurinya. Lakukanlah hal itu, kerana perhatian kamu sentiasa tertumpu kepada hartamu!” “Mata bagaikan pelita bagi tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu menjadi gelap gelita. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, alangkah pekatnya kegelapan itu!” “Tidak seorang pun dapat menjadi hamba kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau dia akan setia kepada yang seorang dan menghina yang lain. Demikianlah kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.
MATIUS 6:19-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka janganlah kamu simpan bagiemu harta diatas bumi, iya itu ditŭmpat gŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan ditŭmpat pŭnchuri mŭngorek lalu mŭnchuri. Tŭtapi simpanlah hartamu dalam shorga, iya itu ditŭmpat yang tiada bŭrgŭgat dan karat mŭmbinasakan, dan tiada pula pŭnchuri mŭngorek atau mŭnchuri. Kŭrna barang dimana ada hartamu, maka disitulah juga ada hatimu. Adapun yang mŭnŭrangkan tuboh iya itulah mata, maka sŭbab itu jikalau matamu itu baik, nŭschaya sagala tubohmu pun tranglah adanya. Tŭtapi jikalau matamu itu jahat, nŭschaya sagala tubohmu itupun pŭnuhlah gŭlap adanya; maka sŭbab itulah jikalau kiranya trang yang didalam dirimu itu mŭnjadi gŭlap, ŭntah bagimanakah grangan bŭsarnya glap itu! ¶ Bŭrmula tiada bulih sa’orang hamba itu bŭrtuankan dua orang, kŭrna dapat tiada kŭlak iya mŭmbŭnchikan salah suatu dan mŭngasihi suatu, atau iya pŭgang dŭngan salah suatu, dan dibŭnchikannya suatu; tiada bulih kamu mŭnjadi hamba bagie Allah dan kakayaan dunia.
MATIUS 6:19-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Jangan kumpulkan harta di dunia, kerana di sini gegat dan karat merosakkannya serta pencuri memecah masuk untuk mencurinya. Kumpulkan harta di syurga, kerana di situ gegat dan karat tidak dapat merosakkannya serta pencuri tidak memecah masuk untuk mencurinya. Kerana di mana hartamu terkumpul, di situlah hatimu tertumpu.” “Mata ialah pelita tubuh. Jika matamu terang, seluruh tubuhmu penuh dengan cahaya. Tetapi jika matamu kabur, seluruh tubuhmu gelap. Jika cahaya di dalam tubuhmu menjadi gelap, maka gelap-gelitalah keadaannya!” “Seseorang tidak mungkin mengabdi diri kepada dua orang tuan. Dia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain; atau akan setia kepada yang seorang dan mencela yang lain. Demikianlah, kamu tidak dapat menjadi hamba Allah dan juga hamba kekayaan.