MATIUS 4:3-4
MATIUS 4:3-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, “Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti.” Yesus menjawab, “Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ ”
MATIUS 4:3-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka Iblis itupun datanglah kapadanya sambil bŭrkata, Jikalau kiranya angkau anak Allah, maka surohkanlah batu batu ini mŭnjadi roti. Tŭtapi jawab Isa, katanya, Bahwa tŭlah tŭrsurat, bukannya manusia ini bulih hidop dŭngan makan roti sahja, mŭlainkan ulih tiap tiap pŭrkataan yang tŭrbit deripada mulot Allah.
MATIUS 4:3-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Iblis datang kepada-Nya lalu berkata, “Jika Engkau Anak Allah, perintahkanlah batu-batu ini menjadi roti.” Yesus menjawab, “Telah tersurat: ‘Manusia hidup bukan dengan roti sahaja tetapi dengan setiap firman yang keluar daripada mulut Allah.’ ”