MATIUS 4:21 - Bandingkan Semua Versi
MATIUS 4:21 BM (Alkitab Berita Baik)
Yesus meneruskan perjalanan, lalu nampak dua orang adik-beradik yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Mereka di dalam perahu bersama-sama bapa mereka, dan sedang mengemaskan jala. Yesus memanggil mereka.
Kongsi
MATIUS 4 BMMATIUS 4:21 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Sejurus berjalan dari sana, Yesus ternampak dua beradik lagi, Yakobus dan Yohanes bersama bapa mereka Zebedeus, sedang mengemaskan jala di dalam perahu. Yesus memanggil dua beradik itu.
Kongsi
MATIUS 4 AVBMATIUS 4:21 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka apabila Isa sudah bŭrjalan deri sana, lalu dilihatnya pula dua orang lain bŭrsaudara, iya itu Yakob anak Zabdi, dan Yahya saudaranya, dalam sa’buah pŭrahu, sŭrta dŭngan bapanya Zabdi itu mŭmbubol pukatnya, lalu dipanggil ulih Isa akan marika itu.
Kongsi
MATIUS 4 KEAS