MATIUS 4:16-18 - Compare All Versions

MATIUS 4:16-18 BM (Alkitab Berita Baik)

Bangsa yang hidup dalam kegelapan akan nampak cahaya yang gemilang! Bagi mereka yang hidup di negeri yang dibayangi maut, cahaya itu akan bersinar!” Sejak itu Yesus mula mengisytiharkan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah daripada dosa kamu, kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!” Sementara Yesus berjalan di tepi Tasik Galilea, Dia nampak dua orang nelayan: Simon (yang juga disebut Petrus) dengan adiknya, Andreas. Mereka sedang menjala ikan di tasik.

MATIUS 4:16-18 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Adapun orang yang dudok dalam gŭlap tŭlah mŭlihat suatu trang yang amat bŭsar: dan bagie sagala orang yang dudok dalam bŭnua yang dinawangi ulih kamatian, tŭlah tŭrbitlah suatu trang adanya. ¶ Arkian maka deripada kutika itu, bahrulah dimulie ulih Isa mŭngajar, katanya, Taubatlah kamu, kŭrna krajaan shorga sudah dŭkat. ¶ Maka apabila Isa bŭrjalan ditŭpi pantie tasik Galilia itu, lalu dilihatnya dua orang bŭrsaudara, iya itu Simon yang bŭrgŭlar Petrus, dau Andria saudaranya, marika itu mŭmbuang pukat dalam tasik itu, kŭrna marika itu pŭmukat.

MATIUS 4:16-18 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Bangsa yang hidup dalam kegelapan telah melihat cahaya yang gemilang. Bagi mereka yang tinggal di negeri yang di bawah bayangan maut, cahaya telah bersinar!” Yesus pun mula menyampaikan perkhabaran-Nya, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!” Ketika Yesus berjalan di pinggir Laut Galilea, Dia ternampak dua orang saudara, iaitu Simon, yang juga dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas. Mereka sedang menebarkan jala di danau kerana mereka nelayan.