MATIUS 3:11-12 - Compare All Versions

MATIUS 3:11-12 BM (Alkitab Berita Baik)

Aku membaptis kamu dengan air untuk menyatakan bahawa kamu sudah bertaubat daripada dosa. Tetapi Dia yang datang kemudian daripada aku akan membaptis kamu dengan Roh Allah dan api. Dia lebih besar daripada aku, sehingga menjinjing kasut-Nya pun aku tidak layak. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan mengumpulkan gandum yang bersih di dalam jelapang, tetapi Dia akan membakar sekam di dalam api yang tidak dapat padam.”

MATIUS 3:11-12 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka sungguh pun aku baptiskan kamu dŭngan ayer akan bŭrtaubat, tŭtapi orang yang datang kŭlak kŭmdian deripadaku, tŭrlebih kuasanya deripadaku, maka aku ini tiada layak mŭngangkat trompanya, maka iyalah kŭlak akan mŭmbaptiskan kamu dŭngan Roh Alkudus dan api. Nyiru ada ditangannya, maka iya kŭlak akan mŭnyuchikan sagala anta gandomnya, lalu dikumpulkannya masok gandomnya kadalam langguan; tŭtapi sŭkam itu dibakarnya habis habis dŭngan api yang tiada padam.

MATIUS 3:11-12 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Aku membaptismu dengan air untuk menunjukkan bahawa kamu telah bertaubat. Tetapi Dia yang datang selepasku akan membaptismu dengan Roh Kudus dan api; Dia lebih berkuasa daripadaku; membawakan kasut-Nya pun aku tidak layak. Tangan-Nya memegang nyiru untuk menampi. Dia akan membersihkan tempat pembantingan dan mengumpulkan gandum di dalam jelapang-Nya tetapi sekam akan dibakar-Nya di dalam api yang tidak dapat dipadamkan.”