MATIUS 3:1-2 - Bandingkan Semua Versi
MATIUS 3:1-2 BM (Alkitab Berita Baik)
Pada masa itu Yohanes Pembaptis tiba di padang gurun di Yudea dan mula memberitakan hal ini. “Bertaubatlah daripada dosa kamu,” katanya, “kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!”
MATIUS 3:1-2 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Pada masa itu Yohanes Pembaptis menyampaikan berita ini di gurun di Yudea. Dia berseru, “Bertaubatlah, kerana kerajaan syurga hampir tiba!”
MATIUS 3:1-2 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
SŬBARMULA maka pada masa itu kluarlah Yahya Pŭmbaptis, sŭrta mŭngajar dalam padang bŭlantara tanah Yahuda. Maka katanya, Taubatlah kamu skalian, kŭrna krajaan shorga sudah dŭkat.