MATIUS 28:5-7
MATIUS 28:5-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Malaikat itu berkata kepada wanita-wanita itu, “Janganlah takut! Aku tahu bahawa kamu mencari Yesus yang telah disalibkan itu. Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. Marilah lihat tempat jenazah Yesus diletakkan. Sekarang, cepatlah pergi dan beritahu pengikut-pengikut-Nya, ‘Dia sudah dibangkitkan daripada kematian, dan sekarang Dia pergi ke Galilea terlebih dahulu daripada kamu. Di sana kamu akan melihat Dia.’ Ingatlah akan apa yang aku katakan kepada kamu.”
MATIUS 28:5-7 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrkatalah mŭliekat itu bagie pŭrampuan pŭrampuan itu, janganlah kamu takot, kŭrna kukŭtahui, bahwa kamu mŭnchari akan Isa yang tŭlah disalebkan itu. Maka iya itu tiada disini, kŭrna iya tŭlah hidop pula spŭrti pŭrkataannya itu, maka marilah kamu mŭlihat akan tŭmpat Tuhan dilŭtakkan. Maka sŭgralah pŭrgi katakan kapada murid muridnya, bahwa iya tŭlah hidop deripada matinya, maka tengoklah iya kŭlak pŭrgi tŭrdahulu deripada kamu kaGalilia, maka disanalah kŭlak kamu akan mŭlihat dia, maka bahwasanya aku tŭlah mŭmbri tahu pada kamu.
MATIUS 28:5-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Tetapi malaikat itu berkata kepada perempuan-perempuan itu, “Jangan takut, aku tahu kamu mencari Yesus yang telah disalib. Dia tidak ada di sini, kerana Dia telah bangkit semula, seperti yang dikatakan-Nya. Marilah lihat tempat Dia dibaringkan dahulu. Kemudian, segeralah pergi dan katakan kepada murid-murid-Nya bahawa Dia telah bangkit daripada kematian, dan Dia mendahului kamu ke Galilea. Di sana kamu akan melihat-Nya. Lihatlah, aku telah memberitahumu.”