Skip to content
Logo Apl Bible

MATIUS 27:3-4 - Bandingkan Semua Versi

MATIUS 27:3-4 BM (Alkitab Berita Baik)

Apabila Yudas, pengkhianat itu tahu bahawa Yesus telah dijatuhi hukuman mati, dia menyesal. Lalu dia mengembalikan tiga puluh keping wang perak itu kepada para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi. Dia berkata, “Aku sudah berdosa kerana mengkhianati orang yang tidak bersalah sehingga dihukum mati!” Tetapi mereka menjawab, “Kami tidak peduli! Itu urusanmu!”

MATIUS 27:3-4 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Apabila Yudas yang mengkhianati-Nya melihat bahawa Yesus telah dijatuhi hukum mati, dia menyesali perbuatannya lalu mengembalikan tiga puluh keping wang perak ke hadapan ketua-ketua imam dan tua-tua. Yudas berkata, “Aku berdosa menyebabkan tumpahnya darah orang yang tidak bersalah.” Kata mereka, “Apa kami peduli? Tanganilah sendiri!”

MATIUS 27:3-4 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

¶ Apabila dilihat ulih Yudas yang mŭnyŭrahkan dia, bahwa sudah tŭntu hukum Isa itu, maka mŭnyŭsallah iya akan dirinya, lalu dikŭmbalikannyalah tiga puloh kŭping perak itu kapada imam imam yang bŭsar, dan orang tua tua itu. Katanya, Aku sudah bŭrdosa, sŭbab tŭlah mŭnyŭrahkan darah orang yang suchi deripada salah itu. Maka dijawab ulih marika itu, Apa kami pŭduli, itu pulanglah kapadamu.