MATIUS 25:31-46

MATIUS 25:31-46 Alkitab Berita Baik (BM)

“Apabila Anak Manusia datang sebagai Raja dengan semua malaikat Allah, Dia akan duduk di atas takhta-Nya yang mulia. Umat manusia di bumi ini akan dikumpulkan di hadapan-Nya. Kemudian Dia akan memisahkan mereka menjadi dua kumpulan, seperti gembala memisahkan domba daripada kambing. Anak Manusia akan mengumpulkan orang yang melakukan kehendak Allah di sebelah kanan-Nya dan yang lain di sebelah kiri-Nya. Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Hai kamu yang diberkati Bapa-Ku! Marilah dan nikmatilah Pemerintahan Allah yang telah disediakan oleh Allah untuk kamu sejak dunia ini diciptakan-Nya. Ketika Aku lapar, kamu memberi Aku makan, dan ketika Aku dahaga, kamu memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu menyambut Aku ke dalam rumah kamu. Aku tidak berpakaian, dan kamu memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit, dan kamu merawat Aku. Aku dipenjarakan, dan kamu melawat Aku.’ Tetapi mereka yang melakukan kehendak Allah berkata, ‘Ya Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar lalu memberi Tuhan makan, atau dahaga lalu memberi Tuhan minum? Bilakah kami nampak Tuhan sebagai orang asing lalu menyambut Tuhan ke dalam rumah kami, atau melihat Tuhan tidak berpakaian lalu memberi Tuhan pakaian? Bilakah kami nampak Tuhan sakit lalu merawat Tuhan? Bilakah kami melawat Tuhan di penjara?’ Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah, manakala kamu melakukan perkara itu untuk salah seorang daripada saudara-Ku, walaupun dia hina, kamu telah melakukannya untuk-Ku!’ Kemudian Raja itu akan berkata kepada kumpulan orang di sebelah kiri-Nya, ‘Pergi dari sini, hai kamu yang dikutuk Allah! Pergilah ke dalam api yang tidak dapat padam yang telah disediakan oleh Allah untuk Iblis dan malaikat-malaikatnya! Ketika Aku lapar, kamu tidak memberi Aku makan; ketika Aku dahaga, kamu tidak memberi Aku minum. Aku seorang asing, tetapi kamu tidak menyambut Aku ke dalam rumah kamu. Aku tidak berpakaian, tetapi kamu tidak memberi Aku pakaian. Aku jatuh sakit dan dipenjarakan, tetapi kamu tidak melawat Aku.’ Lalu mereka akan berkata kepada-Nya, ‘Ya Tuhan, bilakah kami nampak Tuhan lapar, atau dahaga, atau sebagai orang asing, atau tidak berpakaian, atau sakit, atau dipenjarakan, dan kami tidak menolong Tuhan?’ Raja itu akan menjawab, ‘Ketahuilah bahawa pada waktu kamu tidak mahu menolong salah seorang yang hina, kamu tidak mahu menolong Aku.’ Kemudian semua orang itu akan menderita hukuman yang kekal, sedangkan mereka yang melakukan kehendak Allah akan menerima hidup sejati dan kekal.”

MATIUS 25:31-46 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Bŭrmula apabila anak manusia kŭlak akan datang dŭngan kamuliaannya itu, sŭrta dŭngan sagala mŭliekat yang suchi bŭrsama sama dŭngan dia, tŭtkala itulah iya akan dudok diatas arash kamuliaannya. Maka sagala bangsa manusia akan dihimpunkan kahadapannya, maka iya kŭlak akan mŭngasing asingkan sa’orang deripada sa’orang, spŭrti gombala mŭngasingkan dombanya deripada kambing. Maka iya kŭlak akan mŭnarohkan domba itu pada kanannya, tŭtapi kambing itu pada kirinya. Tŭtkala itu maka raja akan bŭrkata pada orang yang dikanannya itu, Marilah kamu, hie orang yang dibŭrkati ulih Ayahku, trimalah ulihmu pusaka krajaan yang tŭlah disŭdiakan bagiemu deripada pŭrmulaan jadi dunia. Kŭrna tŭtkala aku lapar, kamu tŭlah mŭmbri makan, dan tŭtkala aku dahaga, kamu tŭlah mŭmbri minom, dan tŭtkala aku dagang, kamu tŭlah mŭmbri tumpangan. Tŭtkala aku bŭrtlanjang, kamu tŭlah mŭmbri pakiean, dan tŭtkala aku sakit, kamu tŭlah mŭlawat aku, dan tŭtkala aku dalam pŭnjara, kamu tŭlah mŭngunjongi aku. Maka pada masa itu disahut kŭlak ulih sagala orang yang bŭnar itu, katanya, Ya Tuhan, bilakah kami mŭlihat angkau lapar, dan mŭmbri angkau makan? atau bŭrdahaga, dan mŭmbri angkau minom? Maka bilakah kami mŭlihat angkau dagang, dan mŭmbri angkau tumpangan? atau bŭrtlanjang, dan mŭmbri angkau pakiean? Atau bilakah kami mŭlihat angkau sakit, atau dalam pŭnjara, dan kami mŭngunjongi angkau? Maka Raja itu akan mŭnjawab pada marika itu, Sasungguhnya aku bŭrkata padamu, maka sŭbab tampak barang yang kamu tŭlah bŭrbuat pada sa’orang yang tŭrkŭchil skali pun deripada sagala saudaraku ini, spŭrti kamu tŭlah bŭrbuat itu kapadaku. Tŭtkala itu iya akan bŭrkata kapada sagala orang yang disŭblah kiri, Lalulah kamu deri hadapanku, hie la’nat! masoklah kamu kadalam api yang kŭkal, yang tŭlah disŭdiakan bagie Iblis dŭngan tŭntaranya. Kŭrna tŭtkala aku lapar, tiada kamu mŭmbri aku makan, dan tŭtkala aku dahaga, tiada kamu mŭmbri aku minom. Maka tŭtkala aku dagang, tiada kamu mŭmbri tumpangan, dan bŭrtlanjang, tiada kamu mŭmbri padaku pakiean, dan sakit, dan dalam pŭnjara, tiada kamu mŭngunjongi. Maka pada masa itu marika itu akan mŭnyahut padanya katanya, Ya Tuhan, bilakah kami mŭlihat angkau lapar, atau dahaga, atau dagang, atau bŭrtlanjang, atau sakit, atau dalam pŭnjara, dan tiada kami mŭnulong akan dikau? Maka pada masa itu iya akan mŭnjawab pada marika itu, Sasungguhnya juga aku bŭrkata padamu, maka sŭbab tampak barang yang kamu tiada bŭrbuat pada barang sa’orang yang tŭrkŭchil skali pun deripada sagala orang ini, spŭrti tiada kamu bŭrbuat itu padaku. Maka orang orang inilah akan masok kŭlak kadalam sŭngsara yang kŭkal, tŭtapi orang yang bŭnar itu kadalam hidop yang kŭkal.

MATIUS 25:31-46 Alkitab Versi Borneo (AVB)

“Apabila Anak Manusia datang dengan segala kemuliaan-Nya, diiringi sekalian malaikat suci, Dia akan duduk di atas takhta kemuliaan-Nya. Semua bangsa akan berhimpun di hadapan-Nya, dan Dia akan mengasing-asingkan mereka, sebagaimana gembala mengasing-asingkan domba daripada kambing. Dia akan meletakkan domba di sebelah kanan-Nya dan kambing di sebelah kiri-Nya. Kemudian Raja itu akan berkata kepada mereka yang di sebelah kanan-Nya, ‘Marilah, kamu yang diberkati oleh Bapa-Ku! Warisilah kerajaan yang telah disediakan untukmu sejak dunia dicipta. Kerana Aku lapar dan kamu memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu memberi-Ku minuman; Aku orang asing dan kamu menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu memberi-Ku pakaian; Aku sakit dan kamu melawat-Ku; Aku di dalam penjara dan kamu datang kepada-Ku.’ Orang yang benar itu pun bertanya, ‘Tuhan, bilakah kami melihat-Mu lapar dan memberi-Mu makanan, melihat-Mu dahaga dan memberi-Mu minuman? Bilakah kami melihat-Mu orang asing dan menerima-Mu masuk ke rumah, melihat-Mu tidak berpakaian dan memberi-Mu pakaian? Bila pula kami melihat-Mu sakit, atau di dalam penjara, dan datang kepada-Mu?’ Raja akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu melakukannya kepada-Ku.’ Selepas itu, Dia akan berkata kepada mereka yang di sebelah kiri-Nya, ‘Nyahlah dari sisi-Ku, kamu yang terlaknat, ke dalam api kekal yang telah disediakan untuk Iblis dan para malaikatnya; kerana Aku lapar dan kamu tidak memberi-Ku makanan; Aku dahaga dan kamu tidak memberi-Ku minuman. Aku orang asing dan kamu tidak menerima-Ku masuk ke rumahmu; Aku tidak berpakaian dan kamu tidak memberi-Ku pakaian; Aku sakit, Aku di dalam penjara, dan kamu tidak melawat-Ku.’ Mereka akan berkata, ‘Tuhan kami, bilakah kami melihat-Mu lapar, atau dahaga, orang asing, atau tidak berpakaian, atau sakit, atau di dalam penjara, dan tidak mengambil berat tentang-Mu?’ Dia akan menjawab, ‘Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, apabila kamu tidak melakukannya kepada yang paling kecil antara saudara-Ku ini, ertinya kamu tidak melakukannya kepada-Ku.’ Mereka itu akan menanggung hukuman selama-lamanya, manakala mereka yang benar akan menikmati hidup kekal.”