MATIUS 24:9-13 - Compare All Versions

MATIUS 24:9-13 BM (Alkitab Berita Baik)

Kemudian kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Semua orang akan membenci kamu kerana kamu pengikut-Ku. Pada masa itu banyak antara pengikut-Ku yang tidak lagi percaya kepada-Ku. Mereka akan saling mengkhianati dan saling membenci. Lalu banyak nabi palsu akan muncul dan menipu banyak orang. Kejahatan semakin merebak sehingga kasih kebanyakan orang hampir lenyap. Tetapi sesiapa yang bertahan sehingga akhir akan diselamatkan.

MATIUS 24:9-13 AVB (Alkitab Versi Borneo)

Setelah itu, kamu akan ditangkap dan diserahkan untuk diseksa dan dibunuh. Kamu akan dibenci oleh semua bangsa kerana nama-Ku. Pada masa itu ramai tidak akan lagi beriman kepada-Ku dan mereka akan saling mengkhianati dan membenci. Ramai nabi palsu akan tampil memperdaya orang ramai. Kejahatan semakin merebak sehingga kasih sayang hampir luput dari hati manusia. Namun demikian, sesiapa yang bertahan ke saat akhir akan diselamatkan.

MATIUS 24:9-13 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))

Maka tŭtkala itu kŭlak marika itu akan mŭnyŭrahkan kamu supaya diannyayakan, dan akan dibunohnya kamu, dan akan dibŭnchikan ulih sagala bangsa akan kamu ulih sŭbab namakŭ. Maka tŭtkala itu banyaklah orang akan mŭnjadi shak, maka sa’orang belot akan sa’orang, dan sa’orang mŭmbŭnchikan sa’orang. Maka banyak nabi dusta yang akan datang mŭnyŭsatkan bŭbrapa orang. Maka deri sŭbab kŭjahatan itu bŭrtambah tambah, bŭrkasih kasihan orang banyak pun tawarlah. Tŭtapi barang siapa yang tinggal tŭtap sampie akhir kŭlak iyalah mŭndapat slamat.