MATIUS 23:1-4
MATIUS 23:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Yesus berkata kepada orang ramai dan kepada pengikut-pengikut-Nya, “Guru Taurat dan orang Farisi diberikan kuasa untuk mentafsirkan Taurat Musa. Oleh itu taatilah dan turutilah segala yang diperintahkan mereka. Tetapi jangan lakukan apa yang dilakukan mereka, kerana perbuatan mereka tidak sesuai dengan ajaran mereka. Mereka meletakkan beban yang berat dan susah dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka tidak mahu menghulurkan satu jari pun untuk menolong orang memikul beban itu.
MATIUS 23:1-4 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
PADA tŭtkala itu bŭrkatalah Isa kapada pŭrhimponan orang itu, dan kapada murid muridnya, Katanya, Adapun khatib khatib dan orang orang Farisia itu ada dudok diatas korsi Musa. Sŭbab itu sagala sasuatu yang disurohkannya bŭrbuat, maka pŭrbuatlah ulihmu akan dia, tŭtapi janganlah kamu mŭnurot kŭlakuannya, kŭrna marika itu mŭngatakan sahja, tŭtapi tiada dipŭrbuatnya. Kŭrna marika itu mŭngikat tanggongan yang brat, dan susah dipikolnya, maka ditarohkannya diatas bahu manusia, tŭtapi marika itu tiada mahu mŭnggrakkan iya itu dŭngan suatu jarinya pun.
MATIUS 23:1-4 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus berkata kepada orang ramai dan murid-murid-Nya: “Ahli Taurat dan orang Farisi menduduki kerusi Musa. Oleh itu, patuhilah dan turutilah perintah yang diajarkan oleh mereka. Tetapi jangan contohi perbuatan mereka, kerana tidak selaras dengan ajaran mereka. Mereka meletakkan beban yang berat dan sukar dipikul ke atas bahu orang, tetapi mereka langsung tidak mahu menolong orang memikul beban itu.