MATIUS 21:12-13
MATIUS 21:12-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus masuk ke Rumah Tuhan, lalu mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menunggangbalikkan meja para penukar wang dan bangku para penjual burung merpati. Yesus berkata kepada mereka, “Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman, ‘Rumah-Ku akan disebut rumah tempat berdoa.’ Tetapi kamu menjadikannya tempat persembunyian perompak!”
MATIUS 21:12-13 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka masoklah Isa kadalam ka’abah Allah, maka dihalaukannyalah sagala orang yang bŭrjual bli dalam ka’abah itu, sŭrta dibalek balekkannyalah sagala meja meja orang mŭnukar wang, dan sagala bangku bangku orang yang bŭrjual mŭrpati. Lalu kata Isa pada marika itu, Tŭlah tŭrsurat, bahwa ka’abahku disŭbot orang rumah sŭmbahyang, tŭtapi kamu tŭlah mŭnjadikan dia goa tŭmpat pŭnyamun.
MATIUS 21:12-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah itu, Yesus masuk ke Bait Suci dan mengusir semua orang yang berjual beli di situ. Dia menterbalikkan meja pengurup wang dan tempat duduk penjual burung merpati. Dia berkata kepada mereka, “Telah tersurat, ‘Rumah-Ku akan dipanggil rumah doa, tetapi kamu telah menjadikannya sarang pencuri.’ ”