MATIUS 20:20-22
MATIUS 20:20-22 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian isteri Zebedeus datang kepada Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia berlutut di hadapan Yesus dan meminta sesuatu daripada-Nya. “Apakah kehendakmu?” tanya Yesus. Ibu itu menjawab, “Berjanjilah bahawa apabila Tuan menjadi Raja, kedua-dua orang anak saya akan duduk di sebelah kanan dan kiri Tuan.” Yesus berkata kepada kedua-dua orang anak lelaki ibu itu, “Kamu tidak tahu apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum?” “Sanggup,” jawab mereka.
MATIUS 20:20-22 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Maka tŭtkala itu datanglah kapada Isa ibu anak anak Zabdi, sŭrta dŭngan anaknya laki laki, lalu sujud sŭrta mŭminta suatu pŭrkara kapadanya. Maka bŭrkatalah Isa padanya, Apakah yang angkau kahandaki? Maka jawabnya, Biarlah kiranya kaduanya anakku laki laki ini, sa’orang dudok pada kananmu, dan sa’orang pada kirimu dalam krajaanmu. Maka disahut ulih Isa sŭrta katanya, Tiada kamu kŭtahui apa yang kamu mŭminta. Dapatkah kamu mŭminom chawan minoman yang aku akan mŭminom itu, dan dipŭrbaptisakan dŭngan baptisan yang aku akan dibaptisakan? Maka jawab marika itu padanya, Bulih.
MATIUS 20:20-22 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Setelah itu, isteri Zebedeus datang mendapatkan Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon sesuatu. “Apakah permintaanmu?” tanya Yesus. Ibu itu menjawab, “Berjanjilah bahawa apabila Engkau menjadi raja, kedua-dua orang anakku itu akan duduk dalam kerajaan-Mu di kiri dan kanan-Mu.” Yesus berkata kepada kedua-dua anak lelaki ibu itu, “Kamu tidak tahu apa yang kamu minta itu. Sanggupkah kamu minum dari cawan yang akan Kuminum?” “Sanggup,” jawab mereka.