MATIUS 2:1-5 - Bandingkan Semua Versi
MATIUS 2:1-5 BM (Alkitab Berita Baik)
Yesus lahir di kota Betlehem di negeri Yudea, pada masa pemerintahan Raja Herodes. Kemudian beberapa orang ahli kaji bintang dari timur datang ke Yerusalem. Mereka bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia.” Apabila mendengar hal itu, Raja Herodes resah gelisah, demikian juga semua penduduk Yerusalem. Raja Herodes mengumpulkan semua ketua imam dan guru Taurat lalu bertanya, “Di manakah Raja yang dijanjikan oleh Allah akan lahir?” Mereka menjawab, “Di kota Betlehem di negeri Yudea. Seorang nabi sudah menuliskan hal itu
MATIUS 2:1-5 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Yesus dilahirkan di Betlehem, di Tanah Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Yerusalem. Mereka bertanya, “Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.” Apabila mendengar perkara itu, Raja Herodes berasa risau, begitu juga semua penduduk Yerusalem. Raja Herodes memanggil semua ketua imam dan ahli Taurat berhimpun lalu bertanya kepada mereka di mana tempat lahirnya Kristus, Mesias itu. Mereka menjawab, “Di Betlehem, di Tanah Yudea. Hal ini tertulis oleh seorang nabi
MATIUS 2:1-5 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
ADAPUN sŭtlah sudah Isa dipranakkan diBathliham tanah Yahuda, tŭtkala Herodis mŭnjadi raja disitu, hieran, datanglah orang orang pŭndita deri sŭblah timor kaJerusalem, Katanya, Dimanakah Raja orang Yahudi yang bahru dipranakkan itu? kŭrna kami tŭlah mŭlihat bintangnya dinŭgri timor, maka datanglah kami handak mŭnyŭmbah akan dia. Hata apabila didŭngar ulih Raja Herodis akan hal itu, maka susahlah hatinya, sŭrta dŭngan sagala isi Jerusalem itu pun bŭrsama sama. Maka sŭtlah sudah dikampongkannya sagala Imam yang bŭsar bŭsar, dan Khatib Khatib deripada kaum itu, lalu dipreksainyalah kapada marika itu dimanakah Almasih itu akan jadi. Maka kata marika itu kapadanya, diBathliham tanah Yahuda, kŭrna dŭmkianlah tŭlah disuratkan ulih Nabi.