MATIUS 2:1-2,9-12
MATIUS 2:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Yesus lahir di kota Betlehem di negeri Yudea, pada masa pemerintahan Raja Herodes. Kemudian beberapa orang ahli kaji bintang dari timur datang ke Yerusalem. Mereka bertanya, “Di manakah anak yang baru lahir itu, yang akan menjadi raja orang Yahudi? Kami nampak bintang-Nya terbit di sebelah timur, dan kami datang hendak menyembah Dia.”
MATIUS 2:9-10-12 Alkitab Berita Baik (BM)
Mereka berangkat, lalu di tengah perjalanan mereka nampak bintang yang pernah dilihat oleh mereka di sebelah timur. Alangkah sukacitanya ahli-ahli kaji bintang itu apabila mereka nampak bintang itu. Bintang itu mendahului mereka, lalu berhenti di atas tempat Anak itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan nampak Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka sujud menyembah Anak itu, dan mereka mengeluarkan emas, kemenyan dan mur, lalu mempersembahkan semua hadiah itu kepada-Nya. Kemudian dalam mimpi, ahli-ahli kaji bintang itu diperingatkan oleh Allah supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu mereka balik ke negeri asal mereka melalui jalan lain.
MATIUS 2:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
ADAPUN sŭtlah sudah Isa dipranakkan diBathliham tanah Yahuda, tŭtkala Herodis mŭnjadi raja disitu, hieran, datanglah orang orang pŭndita deri sŭblah timor kaJerusalem, Katanya, Dimanakah Raja orang Yahudi yang bahru dipranakkan itu? kŭrna kami tŭlah mŭlihat bintangnya dinŭgri timor, maka datanglah kami handak mŭnyŭmbah akan dia.
Injil Mathius 2:9-12 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila didŭngar ulih marika itu akan pŭrkataan Raja, lalu pŭrgilah iya, hieran, adapun bintang yang dilihatnya dinŭgri timor itu, adalah tŭrdahulu bŭrjalan dihadapan marika itu, sampie datanglah bintang itu tŭrhŭnti diatas tŭmpat yang ada kanak kanak itu. Maka apabila dilihat ulih marika itu akan bintang itu, suka chitalah marika itu dŭngan suka chita yang amat bŭsar. ¶ Shahadan maka apabila masoklah marika itu kadalam rumah itu, maka dilihatnya kanak kanak itu dŭngan Mŭriam ibunya, lalu sujudlah marika itu mŭnyŭmbah akan dia; sŭtlah sudah dibukakannya tŭmpat pŭrmasannya, lalu dipŭrsŭmbahkannyalah padanya akan hadiah hadiah, iya itu mas, dan kŭmnyan dan mor. Sŭtlah diingatkan Allah akan marika itu dalam mimpi, bahwa janganlah marika itu kŭmbali kapada Herodis lagi, maka pulanglah iya kanŭgrinya deripada sempang yang lain.
MATIUS 2:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus dilahirkan di Betlehem, di Tanah Yudea, semasa pemerintahan Raja Herodes. Tidak lama kemudian datanglah beberapa orang ahli ilmu bintang dari Timur ke Yerusalem. Mereka bertanya, “Di manakah Anak yang baru lahir, yang akan menjadi Raja orang Yahudi? Kami melihat bintang-Nya muncul di Timur, dan kami datang hendak menyembah-Nya.”
Matius 2:9-12 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mereka pun pergi. Di pertengahan jalan, mereka melihat bintang yang telah muncul di Timur dahulu kini mendahului mereka dan berhenti di atas tempat Anak itu. Sungguh gembira mereka apabila melihat bintang itu. Mereka masuk ke dalam rumah itu dan melihat Anak itu dengan ibu-Nya Maria. Mereka pun sujud menyembah Anak itu, lalu membuka harta benda mereka dan mempersembahkan emas, dupa dan mir kepada-Nya. Allah memberikan peringatan kepada mereka melalui mimpi supaya jangan kembali kepada Herodes. Oleh itu, mereka pun pulang ke negeri mereka mengikut jalan lain.