MATIUS 19:1-9
MATIUS 19:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Setelah Yesus mengatakan semua perkara itu, Dia meninggalkan Galilea lalu pergi ke daerah Yudea di seberang Sungai Yordan. Banyak orang mengikut Dia, dan Dia menyembuhkan orang sakit di situ. Beberapa orang Farisi datang untuk memerangkap Yesus. Mereka bertanya, “Adakah Taurat kita membenarkan seorang lelaki menceraikan isterinya dengan sebarang alasan?” Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca ayat Alkitab yang mengatakan bahawa pada mulanya Allah menjadikan orang lelaki dan perempuan? Kemudian Allah berfirman, ‘Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya, lalu kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang, tetapi satu. Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia.” Orang Farisi di situ bertanya kepada Yesus, “Jika demikian, mengapa Musa memberikan hukum yang membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai?” Yesus menjawab, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana kamu terlalu sukar diajar. Tetapi sebenarnya bukanlah demikian pada mulanya. Ketahuilah, sesiapa menceraikan isterinya, kecuali kerana perzinaan, orang itu berzina jika dia berkahwin lagi dengan wanita lain.”
MATIUS 19:1-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA tŭtkala putoslah sagala pŭrkataan Isa ini, maka undorlah iya deri nŭgri Galilia, lalu sampielah iya kajajahan tanah Yahuda, yang disŭbrang sungie Jorden. Maka banyaklah orang yang mŭngikot akan dia, maka disŭmbohkannyalah marika itu disana. ¶ Arkian datanglah orang Farisia kapadanya handak mŭnchobai akan dia, sŭrta katanya padanya, Adakah patut orang bŭrchŭrie dŭngan bininya kŭrna tiap tiap suatu sŭbab? Maka disahutnya bagie marika itu, sambil bŭrkata, Bahwa bukankah kamu tŭlah mŭmbacha, adapun Tuhan yang mŭnjadikan manusia, pada mulanya tŭlah dijadikannya kaduanya, iya itu laki laki dan pŭrampuan. Maka iya tŭlah bŭrkata, deri sŭbab itu, patutlah manusia ini bŭrjarak deripada ibu bapanya, dan bŭrdamping pada bininya; maka kaduanya itu kŭlak akan mŭnjadi suatu darah daging adanya. Sŭbab itu bukannya marika itu dua, hanya suatu darah daging juga; deri kŭrna itu, barang yang dijodohkan Allah itu, janganlah manusia mŭnchŭriekan dia. Maka bŭrkatalah marika itu padanya, Kalau bŭgitu, apakah sŭbab tŭlah disuroh ulih Musa bri surat chŭrie, maka bahrulah bulih dibuangkan pŭrampuan itu? Maka jawab Isa, Deri sŭbab kras hatimu, Musa tŭlah mŭmbiarkan angkau bŭrchŭrie dŭngan binimu, tŭtapi deripada mulanya bukannya dŭmkian. Maka aku bŭrkata padamu, jikalau kiranya barang sa’orang bŭrchŭrie dŭngan bininya, mŭlainkan sŭbab zinah, dan bŭrbinikan pŭrampuan yang lain pula, maka bŭrzinahlah iya; dan jikalau barang siapa bŭrbinikan pula pŭrampuan yang bŭrchŭrie itu, iya itu pun bŭrzinah adanya.
MATIUS 19:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Selepas Yesus selesai berkata tentang hal-hal itu, Dia beredar dari Galilea pergi ke Yudea di seberang Sungai Yordan. Ramai orang mengikut-Nya dan Dia menyembuhkan orang sakit di situ. Beberapa orang Farisi datang untuk menduga Yesus. Mereka bertanya, “Menurut hukum, bolehkah seseorang menceraikan isterinya dengan apa sebab jua?” Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca ayat Kitab Suci yang menyatakan betapa pada mulanya Allah menjadikan lelaki dan perempuan? Setelah itu, Allah berfirman, ‘Itulah maka seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya dan bersatu dengan isterinya lalu mereka berdua menjadi satu.’ Maka mereka bukan lagi dua tetapi satu. Apa yang telah disatukan oleh Allah janganlah manusia pisahkan.” Kata orang Farisi itu, “Kalau begitu, mengapakah Musa memberikan hukum membenarkan seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan menulis surat cerai?” Yesus menjawab mereka, “Musa membenarkan kamu menceraikan isteri kerana hati kamu begitu tegar. Tetapi pada mulanya bukanlah begitu. Sesungguhnya, jika seseorang lelaki menceraikan isterinya, kecuali kerana zina, lalu berkahwin pula dengan perempuan lain, dia berzina.”