MATIUS 18:5-9
MATIUS 18:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku.” “Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi percaya kepada-Ku, lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam. Alangkah malangnya dunia ini kerana ada perkara-perkara yang menyebabkan orang berdosa. Perkara-perkara seperti ini akan sentiasa berlaku, tetapi malanglah orang yang menyebabkannya! Jika tangan atau kakimu menyebabkan kamu berdosa, potonglah dan buanglah tangan atau kaki itu. Lebih baik kamu hidup dengan Allah tanpa sebelah tangan atau sebelah kaki, daripada kamu dibuang ke dalam api neraka dengan kedua-dua belah tangan atau kaki. Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkillah dan buanglah mata itu! Lebih baik kamu hidup dengan Allah tanpa sebelah mata, daripada kamu dibuang ke dalam api neraka dengan kedua-dua belah mata.”
MATIUS 18:5-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka barang siapa yang mŭnyambut sa’orang kanak kanak spŭrti ini sŭbab namaku, maka srasa iya mŭnyambut aku. Tŭtapi barang siapa yang mŭndatangkan kasalahan pada sa’orang jua pun kanak kanak ini yang pŭrchaya akan daku, maka tŭrlebih baik padanya itu, jikalau digantongkan sa’buah batu kisaran dilehirnya, ditŭngglamkan ditŭngah laut. Karamlah bagie orang dunia, deri sŭbab mŭndatangkan kasalahan, kŭrna dapat tiada bŭbrapa kasalahan akan datang, tŭtapi karamlah bagie orang orang yang mŭndatangkan kasalahan itu. Maka sŭbab itu jikalau kiranya tanganmu, atau kakimu mŭndatangkan kasalahan bagiemu, kratkanlah akan dia, buangkan deripadamu, maka tŭrlebih baik angkau masok kadalam kahidopan kŭkal itu dŭngan tempang atau pinchang, deripada bŭrtangan dua, atau bŭrkaki dua dimasokkan kadalam api yang kŭkal. Dan jikalau matamu mŭndatagkan kasalahan bagiemu, korekkanlah dia, buangkan deri padamu, maka tŭrlebih baik angkau masok kadalam kahidopan kŭkal dŭngan sŭblah mata, deripada bŭrmata kaduanya dimasokkan kadalam api nŭraka.
MATIUS 18:5-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sesiapa yang menyambut seorang kanak-kanak seperti ini kerana nama-Ku, menyambut-Ku.” Sesiapa yang menyebabkan seorang daripada kanak-kanak kecil yang percaya kepada-Ku ini berdosa, lebih baiklah baginya jika batu kisar diikatkan ke lehernya dan dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam. Malanglah dunia yang penuh dengan perkara-perkara yang menyebabkan orang berdosa! Memang dosa tetap berlaku, tetapi malanglah orang yang menyebabkannya! Sekiranya tangan atau kakimu menyebabkan kamu berdosa, potong dan buanglah tangan atau kaki itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah tangan atau kaki tetapi menikmati hidup kekal, daripada kamu mempunyai dua tangan dan dua kaki tetapi dihumbankan ke dalam api kekal. Jika matamu menyebabkan kamu berdosa, cungkil dan buanglah mata itu. Lebih baik kamu kehilangan sebelah mata tetapi menikmati hidup kekal, daripada kamu memiliki dua mata tetapi terhumban ke dalam api neraka.