MATIUS 17:1-5
MATIUS 17:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudaranya pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, sungguh baik kami di sini. Jika Tuhan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Tuhan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.” Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, “Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!”
MATIUS 17:1-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
SŬBARMULA sŭtlah kumdian deripada anam hari lamanya, maka dibawalah ulih Isa akan Petros, dan Yakob, dan Yahya saudaranya, naik ka’atas sa’buah bukit yang tinggi, ditŭmpat sunyi. Maka bŭrubahlah rupa Isa dihadapan marika itu, gilang gumilang mukanya spŭrti chaya matahari, maka pakieannya pun putehlah bŭrchaya chaya. Maka hieran, klihatanlah pada marika itu Musa, dan Ilias bŭrkata kata dŭngan Isa. Tŭtkala itu, kata Petros pada Isa, Tuhan, baiklah juga kita diam disini; bahwa jikalau angkau kahandaki, biarlah kami pŭrbuatkan tiga buah khemah disini, sa’buah bagiemu, sa’buah bagie Musa, dan sa’buah bagie Ilias. Maka sabŭntar lagi iya bŭrkata kata itu, maka hieran, datanglah suatu awan yang bŭrchaya chaya mŭnawangi marika itu, maka hieran, kadŭngaranlah suatu suara deri dalam awan itu mŭngatakan, Inilah anakku yang kukasih, maka akan dia juga aku suka chita; maka dŭngarlah kamu akan kata katanya.
MATIUS 17:1-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Enam hari kemudian, Yesus membawa Petrus, Yakobus dan Yohanes, saudara Yakobus, pergi bersunyi di atas sebuah gunung yang tinggi. Di situ Yesus berubah rupa di hadapan mata mereka. Wajah-Nya bersinar seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. Elia dan Musa muncul pula di hadapan mereka lalu bercakap dengan Yesus. Petrus berkata kepada Yesus, “Tuhan, baik sekali kami ada di sini. Kalau Engkau mahu, biar kudirikan tiga buah khemah; satu untuk Engkau, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia.” Sedang Petrus berkata-kata, segumpal awan yang bersinar-sinar meliputi mereka. Dari awan itu kedengaran suara berkata, “Inilah Anak-Ku yang Kukasihi dan dengan-Nya Aku berkenan. Dengarlah kata-kata-Nya!”