MATIUS 15:7-9
MATIUS 15:7-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang kamu! Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata, tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka menyembah Aku, kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ ”
MATIUS 15:7-9 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Hie orang munafik, bahwa sŭbŭnarnyalah spŭrti nabuat nabi Jasia deri halmu, katanya, Bahwa adapun kaum ini mŭnghampiri aku dŭngan mulotnya, dan dŭngan bibernya juga iya mŭmuliakan aku; tŭtapi hatinya jauh deripadaku adanya. Mŭlainkan chuma chumalah marika itu bŭrbuat ibadat kapadaku, dŭngan mŭngajar bŭbrapa pŭngajaran hukum manusia.
MATIUS 15:7-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kamu munafik! Tepat sekali kata-kata Yesaya dalam nubuatnya tentangmu: ‘Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata tetapi hati mereka jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka beribadat kepada-Ku, sedangkan ajaran yang diajarkan mereka ialah peraturan manusia.’ ”