MATIUS 15:7-20

MATIUS 15:7-20 Alkitab Berita Baik (BM)

Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang kamu! Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata, tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka menyembah Aku, kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka seolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ ” Kemudian Yesus memanggil orang ramai dan berkata kepada mereka, “Dengarlah dan fahamilah! Apa yang masuk ke dalam mulut seseorang tidak dapat menajiskan dia. Tetapi apa yang keluar dari mulut, itulah yang menajiskan dia.” Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan berkata kepada-Nya, “Guru, tahukah Guru bahawa orang Farisi tersinggung oleh kata-kata Guru?” Yesus menjawab, “Tiap-tiap tanaman yang tidak ditanam oleh Bapa-Ku di syurga akan dicabut. Jangan pedulikan orang Farisi. Mereka pemimpin buta, dan apabila orang buta memimpin orang buta, kedua-dua mereka jatuh ke dalam longkang.” Petrus berkata, “Jelaskanlah makna perumpamaan itu kepada kami.” Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, “Kamu ini pengikut-Ku, tetapi kamu pun tidak faham seperti mereka. Tidakkah kamu mengerti? Apa yang masuk ke dalam mulut seseorang, turun ke dalam perut lalu keluar lagi. Tetapi apa yang keluar dari mulut, berasal dari hati, dan hal-hal inilah yang menajiskan orang. Dari hatilah timbul fikiran jahat, yang menyebabkan seseorang membunuh, berzina, berbuat cabul, merompak, memberikan kesaksian palsu, dan memfitnah. Hal-hal itulah yang menajiskan orang, dan bukan makan dengan tidak membasuh tangan menurut adat!”

MATIUS 15:7-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Hie orang munafik, bahwa sŭbŭnarnyalah spŭrti nabuat nabi Jasia deri halmu, katanya, Bahwa adapun kaum ini mŭnghampiri aku dŭngan mulotnya, dan dŭngan bibernya juga iya mŭmuliakan aku; tŭtapi hatinya jauh deripadaku adanya. Mŭlainkan chuma chumalah marika itu bŭrbuat ibadat kapadaku, dŭngan mŭngajar bŭbrapa pŭngajaran hukum manusia. ¶ Shahadan sŭtlah sudah dipanggil ulih Isa akan pŭrhimpunan itu, maka bŭrkatalah iya pada marika itu, Dŭngarlah kamu sŭrta mŭngarti: Bahwa sanya bukannya barang sasuatu yang masok kadalam mulot itu mŭnŭjiskan manusia, mŭlainkan barang yang kluar deri dalam mulot, itulah yang mŭnŭjiskan manusia. Tŭtkala itu datanglah murid muridnya kapadanya, lalu bŭrkata, Tahukah angkau, bahwa orang Farisia itu, apabila didŭngarnya pŭrkataanmu ini, maka iya mŭngambil kŭchil hati akan dikau? Tŭtapi disahut Isa sŭrta bŭrkata, Adapun barang suatu tanaman yang bukan ditanam ulih ayahku yang ada dishorga, iya itu akan dichabut. Biarkanlah dia, bahwa marika itulah pimpinan buta pada orang buta adanya. Jikalau orang buta mŭmimpin orang buta, maka kaduanya itu kŭlak akan jatoh kadalam paret. Maka sahut Petros sŭrta bŭrkata padanya, Artikanlah pada kami akan pŭrumpamaan ini. Maka jawab Isa, Sampie skarangkah kamu ini bodoh lagi? Maka bŭlomkah kamu mŭngarti, bahwa barang suatu yang masok kadalam mulot itu, lalu iya kadalam prot, maka dibuangkan dia kadalam jamban. Tŭtapi barang suatu yang kluar deri dalam mulot itu, iya itu tŭrbitnya deri dalam hati, maka itulah yang mŭnŭjiskan manusia. Kŭrna deri dalam hatilah tŭrbit fikiran jahat, dan mŭmbunoh orang, dan bŭrzinah dŭngan suami atau istri orang, dan bŭrzinah dŭngan orang bujang, dan pŭnchuri, dan saksi dusta, dan pŭnghujat akan Allah. Maka skalian inilah yang mŭnŭjiskan manusia, tŭtapi makan dŭngan tangan yang tiada bŭrbasoh, bukannya mŭnŭjiskan manusia adanya.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami