MATIUS 14:33-36 - Compare All Versions
MATIUS 14:33-36 BM (Alkitab Berita Baik)
Kemudian pengikut Yesus yang di perahu sujud menyembah Yesus sambil berkata, “Sesungguhnya Engkau Anak Allah!” Mereka menyeberangi tasik lalu tiba di Genesaret. Orang di situ mengenal Yesus. Kemudian mereka memberitahu semua orang di sekitar daerah itu bahawa Yesus datang, lalu mereka membawa orang sakit kepada Yesus. Mereka memohon supaya setidak-tidaknya Yesus membenarkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua orang sakit yang menyentuh hujung jubah-Nya sembuh.
MATIUS 14:33-36 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka sagala orang yang dalam pŭrahu itu datanglah sujud kapadanya, sŭrta bŭrkata, Sasungguhnyalah angkau anak Allah. ¶ Kŭlakian maka mŭnyŭbranglah marika itu lalu sampie kanŭgri Janesaret. Maka apabila orang isi nŭgri itu mŭngŭnal akan dia, maka disurohnya orang pŭrgi mŭmbri tahu kuliling nŭgri itu, lalu dibawa oranglah kapadanya sagala orang yang kŭna sakit. Maka marika itu mŭminta kapada Isa, supaya dijamahnya kŭliman bajunya sahja; adapun sŭbrapa orang yang mŭnjabat itu pun sŭmbohlah adanya.
MATIUS 14:33-36 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Selepas itu, para murid Yesus yang di dalam perahu menyembah-Nya sambil berkata, “Sesungguhnya, Engkaulah Anak Allah!” Mereka menyeberang hingga tiba di Genesaret. Orang di situ mengenal Yesus lalu menyebarkan berita kedatangan-Nya ke serata daerah itu. Ramailah dibawa orang sakit kepada-Nya. Mereka merayu Yesus supaya mengizinkan orang sakit menyentuh hujung jubah-Nya. Semua yang menyentuhnya terus sembuh.