MATIUS 11:20-24
MATIUS 11:20-24 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu Yesus mula mencela bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduk di sana tidak mahu bertaubat daripada dosa mereka. “Alangkah malangnya kamu, hai Korazin! Alangkah malangnya kamu, hai Betsaida! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Tirus dan Sidon, penduduk di sana pasti sudah lama bertaubat daripada dosa mereka, lalu mengenakan kain guni dan menaruh abu di kepala. Ketahuilah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani penduduk Tirus dan Sidon daripada kamu! Dan kamu, hai Kapernaum! Adakah kamu hendak meninggikan diri sampai ke syurga? Kamu akan dibuang ke neraka! Jika mukjizat-mukjizat yang dilakukan di kalangan kamu itu Aku lakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada sehingga saat ini! Ketahuilah! Pada Hari Kiamat, Allah akan lebih mengasihani Sodom daripada kamu!”
MATIUS 11:20-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
¶ Sŭtlah itu dichŭlahinyalah sagala nŭgri yang tŭmpat diadakannya tŭrlebih banyak ajaib dalamnya, sŭbab tiada marika itu bŭrtaubat. Karamlah bagiemu Koriezon! Karamlah bagiemu Bethsaida! Maka jikalau kiranya dalam nŭgri Thor dan Sidon tŭlah diadakan sagala ajaib yang spŭrti diadakan dalammu itu, nŭschaya lamalah sudah marika itu bŭrtaubat, dŭngan mŭmakei kain karong dan habu. Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu, tŭrlebih pula rengan seksa nŭgri Thor dan Sidon itu pada hari kiamat, deripada seksa kamu. Maka hie Kapŭrnaum, yang tŭlah ditinggikan sampie kalangit, bahwa angkaulah juga akan dihŭmpaskan kabawah sampie kanŭraka: kŭrna jikalau dalam Sodom tŭlah dipŭrbuat akan sagala pŭrkara ajaib, yang spŭrti tŭlah jadi didalammu itu, nŭschaya tinggallah iya sampie kapada masa ini. Tŭtapi aku bŭrkata padamu, tŭrlebih rengan pula seksa nŭgri Sodom pada hari kiamat kŭlak, deripada seksa kamu.
MATIUS 11:20-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Yesus mengecam bandar-bandar tempat Dia paling banyak melakukan mukjizat, kerana penduduknya enggan bertaubat. “Malangnya kamu, hai Korazin! Malangnya kamu, hai Betsaida! Sekiranya mukjizat-mukjizat yang dilakukan dalam kalanganmu dilakukan di Tirus dan Sidon, tentu sudah lama orang di situ bertaubat, dengan memakai baju kabung dan membubuh abu di kepala. Akan tetapi, pada hari penghakiman itu, hukuman atas Tirus dan Sidon lebih ringan daripada atas kamu! Kamu juga, hai Kapernaum! Akankah dirimu ditinggikan sampai ke langit? Tidak, kamu akan dihumbankan ke neraka! Kalaulah mukjizat-mukjizat yang dilakukan dalam kalanganmu itu dilakukan di Sodom, tentu Sodom masih ada hingga kini! Aku berkata kepadamu, pada hari penghakiman itu, hukuman atas Sodom lebih ringan daripada atas kamu!”