MATIUS 10:7-14
MATIUS 10:7-14 Alkitab Berita Baik (BM)
Pergilah dan khabarkanlah bahawa ‘tidak lama lagi Allah akan memerintah.’ Sembuhkanlah orang yang sakit; bangkitkan orang yang mati; sembuhkanlah orang berpenyakit kulit yang mengerikan dan usirlah roh jahat. Kamu sudah menerima kuasa ini dengan percuma, maka lakukanlah semuanya tanpa meminta bayaran! Janganlah bawa wang emas, perak, ataupun tembaga. Janganlah bawa beg sedekah, atau baju ganti, atau kasut, atau tongkat dalam perjalanan kamu. Seorang pekerja layak menerima apa yang diperlukannya. Apabila kamu tiba di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambut kamu. Tinggallah dengan dia sehingga kamu meninggalkan tempat itu. Apabila kamu masuk ke rumah orang, berikanlah salam. Jika orang di rumah itu menyambut kamu, biarlah salam sejahtera kamu itu tinggal dengan mereka. Tetapi jika tidak, tariklah balik salam kamu itu. Jika ada rumah atau bandar yang tidak mahu menyambut atau mendengarkan kata-kata kamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada telapak kaki kamu.
MATIUS 10:7-14 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sambil kamu bŭrjalan itu, ajarkanlah, katakan, Krajaan shorga sudah dŭkat. Sŭmbohkanlah orang yang sakit, dan suchikanlah orang kusta, dan hidopkanlah orang yang mati, dan buangkanlah sagala jin; maka kamu tŭlah trima dŭngan kŭmurahannya, maka handaklah kamu bri dŭngan kŭmurahannya juga. Maka janganlah kiranya kamu mŭmbawa bŭkal mas, atau perak, atau tŭmbaga digandonganmu: Atau barang bŭkal makanan kapada pŭrjalananmu, dan lagi jangan kamu bŭrbaju dua lapis, dan jangan bŭrbŭkal trompah, atau tongkat; kŭrna dapat tiada orang yang bŭkŭrja itu, patutlah akan mŭndapat rŭzkinya. Shahadan dinŭgri, atau diduson yang mana pun baik kamu masuki, tanya ulihmu siapa dalamnya yang layak, maka dirumahnyalah kamu tinggal sampie kamu kluar deri tŭmpat itu. Maka apabila kamu masok kadalam sa’buah rumah, brilah sŭlam kapada isi rumah itu. Maka jikalau layak kiranya orang dirumah itu, maka biarlah sŭlammu itu didapatinya, tŭtapi jikalau iya tiada layak, maka kŭmbalilah pula sŭlammu itu kapadamu. Maka barang siapa yang tiada mŭnŭrima kamu, dan tiada mŭnurot pŭrkataanmu, maka apabila kamu kluar deri dalam rumah itu, atau deri dalam nŭgri itu, maka kŭbaskanlah abok yang lŭkat pada kakimu itu.
MATIUS 10:7-14 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pergilah dan khabarkanlah bahawa kerajaan syurga sudah dekat. Sembuhkanlah orang yang sakit, hidupkan orang yang mati; ubati orang yang berpenyakit kusta dan halaukan roh-roh iblis. Sebagaimana pemberian dilimpahkan kepadamu, limpahkanlah pemberian. Janganlah bawa wang emas, perak mahupun tembaga dalam tali pinggangmu. Jangan bawa beg, atau dua helai baju, atau kasut, atau tongkat dalam perjalananmu, kerana seorang pekerja layak menerima makanannya. Apabila kamu sampai di suatu bandar atau pekan, carilah seorang yang rela menyambutmu. Menetaplah di rumahnya hingga kamu beredar dari tempat itu. Ketika kamu masuk ke rumah itu, berilah salam. Jika penghuni di rumah itu layak, biarlah salam sejahteramu merestui mereka. Jika tidak, biarlah salammu itu kembali kepadamu. Sekiranya sesuatu rumah atau bandar enggan menyambutmu atau mendengar kata-katamu, tinggalkanlah tempat itu dan kebaskanlah debu daripada tapak kakimu.