MATIUS 10:2-4 - Bandingkan Semua Versi
MATIUS 10:2-4 BM (Alkitab Berita Baik)
Inilah nama dua belas orang rasul itu: Simon (yang disebut Petrus) dan saudaranya, Andreas; Yakobus dan saudaranya, Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; Filipus dan Bartolomeus; Tomas dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus dan Tadius; Simon, Si Patriot dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Yesus.
MATIUS 10:2-4 AVB (Alkitab Versi Borneo)
Nama dua belas orang itu ialah: Simon yang dipanggil Petrus, dan saudaranya Andreas; Yakobus dan saudaranya Yohanes, iaitu anak-anak Zebedeus; Filipus dan Bartolomeus; Tomas, dan Matius yang dahulunya pemungut cukai; Yakobus anak Alfeus, dan Tadeus; Simon orang Patriot, dan Yudas Iskariot yang mengkhianati Dia.
MATIUS 10:2-4 KEAS (Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry))
Maka inilah nama kadua blas Rasol itu: pŭrtama tama Simon yang bŭrgŭlar Petros, dan Andria saudaranya; Yakob ben Zabdi, dan Yahya saudaranya; Philipus, dan Bartholomu; dan Thomas, dan Mathius yang mŭmŭgang chukie itu; dan Yakob ben Alfius, dan Libius yang bŭrgŭlar Thaddius; Simon anak nŭgri Kanaan, dan Judas Iskariot, iya itulah yang mŭnyŭrahkan Isa dŭngan tipunya.