MATIUS 1:18-25

MATIUS 1:18-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

¶ Alkesah adapun pri kŭjadian Isa Almasih adalah dŭmkian: Shahadan adapun Mŭriam Ibunya itu sudahlah bŭrtunangan dŭngan Yusof: maka sabŭlom marika itu bŭrdamping, maka nyatalah Mŭriam itu tŭlah mŭngandong dŭngan kuasa Roh Alkudus. Maka Yusof tunangannya itu, sŭbab orang yang bŭnar, dan tiadalah iya mahu mŭmbri malu nyata nyata akan dia, maka iya bŭrfikirlah handak mŭmbuangkan dia diam diam. Adapun tŭtkala iya bŭrfikir dŭmkiam itu, hieran, dilihatnyalah sa’orang Maliekat Tuhan dalam mimpi, katanya, hie Yusof, anak Daud, bahwa janganlah angkau takot mŭnŭrima Mŭriam itu akan istrimu, kŭrna gandongannya itu tŭlah jadi dŭngan kuasa Roh Alkudus. Maka iya kŭlak akan bŭranak sa’orang anak laki laki, dan handaklah angkau namai akan dia ISA: kŭrna iyalah kŭlak akan mŭlŭpaskan umatnya deri pada dosanya. Adapun sagala hal ini tŭlah jadi supaya gŭnaplah pŭrkara yang dikatakan ulih Nabi iya itu deripada Tuhan, katanya, Tengoklah sa’orang anak darah itu akan mŭngandong dan bŭranakkan sa’orang anak laki laki, maka iya itu akan dinamai Imanuel, yang tŭrsalin artinya, Allah sŭrta kami. Maka apabila bangunlah Yosof deripada tidornya, maka dipŭrbuatnyalah spŭrti surohan maliekat itu kapadanya, lalu ditrimanyalah tunangannya itu. Maka tiadalah iya bŭrdamping dŭngan dia sabŭlom dipranakkannya anaknya yang sulong itu: maka dinamai ulih Yosof akan kanak kanak itu ISA.

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami