LUKAS 6:27-31
LUKAS 6:27-31 Alkitab Berita Baik (BM)
“Tetapi Aku berkata kepada kamu yang mendengarkan Aku: Kasihilah musuh kamu dan berbuatlah baik kepada mereka yang membenci kamu. Berkatilah mereka yang mengutuk kamu, dan berdoalah untuk mereka yang menganiaya kamu. Jika seseorang menampar pipi kamu yang sebelah, biarkan dia menampar pipi kamu yang sebelah lagi. Jika seseorang merampas jubah kamu, berikanlah baju kamu juga. Jika seseorang meminta sesuatu daripada kamu, berikan apa yang dimintanya; jika seseorang merampas milik kamu, janganlah minta kembali barang itu. Apa yang kamu ingin orang lain lakukan untuk kamu, lakukanlah hal itu untuk mereka.
LUKAS 6:27-31 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Tŭtapi aku bŭrkata kapadamu yang mŭnŭngar, kasihlah akan sŭtru sŭtrumu, dan bŭrbuatlah baik kapada orang yang mŭmbŭnchi akan dikau. Mintakanlah biar slamat akan marika itu yang mŭngutoki kamu, dan mintakanlah doa akan marika itu yang bŭrbuat jahat pada kamu. Dan kapada orang yang mŭnampar akan dikau kapada sŭblah pipi, brilah sŭblah yang lain pun; dan orang yang tŭlah mŭngambil slimutmu, janganlah larangkan mŭngambil bajumu pun. Brilah kapada skalian orang yang mŭminta kapadamu, dan kapada orang yang mŭngambil barang barangmu, janganlah dipinta pula. Maka spŭrti kamu kahandak orang patut bŭrbuat kapadamu, pŭrbuatlah angkau pula kapadanya spŭrti itu.
LUKAS 6:27-31 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Tetapi kepada kamu yang mendengar, Aku berkata: Kasihilah musuhmu, berbuat baik kepada orang yang membenci kamu; berkatilah orang yang mengutuk kamu dan doakan orang yang menganiayai kamu. Jika orang menampar sebelah pipimu, biarlah dia menampar sebelah lagi; jika ada orang mengambil jubah kamu, biarkan dia ambil bajumu juga. Berilah setiap orang yang meminta sesuatu daripadamu dan jika sesiapa mengambil barangmu, jangan tuntut balik barang itu. Apa yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka.