LUKAS 6:1-11
LUKAS 6:1-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada suatu hari Sabat, ketika Yesus sedang melewati ladang gandum, pengikut-pengikut-Nya memetik bulir gandum. Mereka menggosoknya dengan tangan, lalu memakannya. Beberapa orang Farisi berkata, “Mengapa kamu melakukan apa yang dilarang oleh Taurat kita pada hari Sabat?” Yesus menjawab, “Belum pernahkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud ketika dia dan anak buahnya lapar? Dia masuk ke dalam Khemah Allah dan mengambil roti yang telah dipersembahkan kepada Allah, lalu memakannya. Kemudian dia juga memberikan roti itu kepada anak buahnya. Tetapi menurut Taurat kita, tidak sesiapa pun boleh makan roti itu kecuali para imam.” Lalu Yesus berkata, “Anak Manusia berkuasa atas hari Sabat!” Pada hari Sabat yang lain, Yesus pergi mengajar di rumah ibadat. Di situ ada seorang yang tangannya lumpuh sebelah. Beberapa orang guru Taurat dan orang Farisi sedang mencari kesalahan Yesus supaya mereka dapat mengajukan tuduhan terhadap Dia. Oleh itu mereka mengawasi Dia baik-baik sama ada Dia akan menyembuhkan orang pada hari Sabat. Yesus mengetahui apa yang difikirkan mereka. Dia berkata kepada orang yang tangannya lumpuh sebelah, “Berdirilah dan marilah ke depan.” Orang itu bangun lalu berdiri di situ. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Aku hendak bertanya: Menurut Taurat apakah yang boleh kita lakukan pada hari Sabat? Berbuat baik atau berbuat jahat? Menyelamatkan orang atau membinasakannya?” Yesus memandang mereka semua, lalu berkata kepada orang itu, “Hulurkanlah tanganmu.” Orang itu menghulurkan tangannya, lalu tangannya pun sembuh. Tetapi mereka sangat marah dan mula berunding sesama sendiri tentang apa yang boleh dilakukan oleh mereka terhadap Yesus.
LUKAS 6:1-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA pada skali pŭrstua adalah pada hari sabtu yang kadua kumdian deripada yang pŭrtama, maka bŭrjalanlah Isa mŭlalui ladang ladang gandom, maka murid muridnya pun mŭmŭteklah akan gandom bŭrtangkie, lalu dimakannya sŭrta diramasnya akan dia ditangannya. Maka adalah sa’orang orang Farisia anu bŭrkata kapadanya, Mŭngapa kamu pŭrbuat yang haram dipŭrbuat dalam hari sabtu? Maka Isa mŭnjawab akan dia katanya, Tiadakah kamu mŭmbacha sŭbŭgini banyak pun, apa yang tŭlah dipŭrbuat ulih Daud, apabila iya sŭndiri dalam kŭlaparan, dan sagala marika itu yang ada bŭrsama sama dŭngan dia? Maka bagimana iya pŭrgi masok kŭdalam rumah Allah, dan tŭlah mŭngambil, dan mŭmakan roti pŭrsŭmbahan, dan dibrinya pula kapada orang orang bŭrsama sama dŭngan dia, yang haram dimakan, mŭlainkan bagie imam imam itu sahja? Maka kata Isa kapada marika itu, Adapun Anak manusia itu pun Tuhanlah bagie hari sabtu. Dan lagi pada skali pŭrstua pada suatu hari sabtu yang lain pun, maka masoklah iya kŭdalam kŭnisa lalu mŭngajar, maka adalah sa’orang disana mati tangannya kanan. Maka khatib khatib, dan orang Farisia mŭnjaga akan Isa kalau kalau iya mŭnyŭmbohkan pada hari sabtu, supaya bulih marika itu mŭndapat suatu jalan handak mŭnudohkan dia. Tŭtapi dikŭtahuinya fikiran marika itu, lalu bŭrkata kapada orang yang mati tangannya, Bangunlah sŭrta bŭrdiri ditŭngah tŭngah; maka bangunlah iya sŭrta bŭrdiri. Kumdian bŭrkatalah Isa kapada marika itu, Aku handak bŭrtanya kapada kamu suatu pŭrkara, halalkah bŭrbuat baik pada hari sabtu, atau bŭrbuat jahat? Mŭnulong jiwakah, atau mŭmbinasakan dia? Maka ditengoknya bŭrkliling kapada marika itu skalian, lalu katanya kapada orang itu, Hulorkanlah tanganmu. Maka dihulorkannya, maka tangannya pun pulanglah sŭmula spŭrti yang lain. Maka marika itu pun spŭrti gilalah sangat. Maka bŭrkatalah sa’orang dŭngan sa’orang, Apakah yang handak dipŭrbuatnya kapada Isa.
LUKAS 6:1-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Pada hari Sabat Yesus berjalan melalui ladang gandum dan murid-murid-Nya memetik bulir gandum, menggosoknya dengan tangan lalu memakannya. Beberapa orang Farisi berkata kepada mereka, “Mengapakah kamu melakukan sesuatu yang dilarang pada hari Sabat?” Yesus menjawab, “Tidakkah kamu baca apa yang dilakukan oleh Daud tatkala dia dan mereka yang mengikutinya berasa lapar: bagaimana dia masuk ke dalam Rumah Allah lalu makan roti persembahan serta memberikan roti itu kepada mereka yang mengikutinya, meskipun perbuatan itu dilarang kerana hanya imam dibenarkan makan roti itu?” Seterusnya Yesus berkata kepada mereka, “Anak Manusia ialah Tuhan atas hari Sabat.” Pada suatu hari Sabat yang lain, Yesus masuk ke saumaah lalu mengajar di situ. Di situ ada seorang yang lumpuh tangan kanannya. Ahli-ahli Taurat dan orang Farisi cuba mencari alasan untuk menuduh Yesus. Oleh itu, mereka mengawasi Yesus sama ada Dia menyembuhkan orang itu pada hari Sabat. Yesus mengetahui fikiran mereka lalu berkata kepada orang yang lumpuh tangan kanannya, “Bangunlah dan berdiri di sini.” Orang itu pun bangun dan berdiri di situ. Yesus berkata kepada mereka, “Aku bertanya kepadamu, manakah yang wajar dilakukan pada hari Sabat: berbuat baik atau berbuat jahat, menyelamatkan atau membinasakan nyawa?” Yesus memandang sekeliling mereka lalu berkata kepada orang itu, “Hulurkan tanganmu.” Orang itu langsung melakukannya dan tangannya terus sembuh. Tetapi mereka naik berang lalu berbincang sesama diri tentang apa yang harus dilakukan terhadap Yesus.