LUKAS 22:14-20
LUKAS 22:14-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Apabila tiba waktunya untuk makan jamuan Paska, Yesus makan bersama dengan rasul-rasul itu. Dia berkata kepada mereka, “Aku ingin sekali makan jamuan Paska ini bersama-sama kamu sebelum kematian-Ku! Percayalah, Aku tidak akan memakannya lagi sehingga makna perjamuan ini dinyatakan di Dunia Baru Allah.” Setelah itu Yesus mengambil sebuah cawan berisi wain. Dia mengucap syukur kepada Allah, lalu berkata, “Ambillah cawan ini, dan bahagikanlah antara kamu sendiri. Ketahuilah, mulai sekarang Aku tidak akan minum wain ini lagi sehingga Allah memerintah dengan sepenuhnya.” Kemudian Yesus mengambil roti. Setelah Dia mengucap syukur kepada Allah, Dia membahagi roti itu lalu memberikannya kepada mereka sambil berkata, “Inilah tubuh-Ku, yang diberikan untuk kamu. Berbuatlah demikian untuk mengenang Aku.” Begitu juga setelah makan, Dia memberikan cawan itu kepada mereka sambil berkata, “Cawan wain ini perjanjian Allah yang baru, yang disahkan dengan darah-Ku, darah yang dicurahkan untuk kamu.
LUKAS 22:14-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka apabila sampielah waktunya, dudoklah iya sŭrta dua blas murid muridnya bŭrsama sama. Maka katanya kapada marika itu, Dŭngan sangat niat kukahandaki mŭmakan langkah ini dŭngan kamu dahulu deri pada aku disŭngsarakan. Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, tiadalah lagi aku akan mŭmakan akan dia, sahingga iya itu digŭnapkan dalam krajaan Allah. Maka diambilnya chawan itu sambil mŭnguchap shukor, sŭrta katanya, Ambillah ini, bahgilah diantara kamu. Kŭrna aku bŭrkata kapadamu, tiada aku akan mŭminum deripada buah anggor ini, sahingga kŭlak akan datang krajaan Allah. ¶ Maka diambilnya roti sŭrta mŭnguchap shukor lalu dipŭchahnya sŭrta dibrikannya kapada marika itu, katanya, Inilah tubohku yang tŭlah dibri kŭrna kamu, buatlah ini supaya mŭnjadi pŭringatan akan daku. Dŭmkian lagi pula chawan itu, sŭtlah sudah makan, katanya, Adapun chawan inilah pŭrjanjian bahru deripada darahku yang tŭlah tŭrtumpah sŭbab kamu.
LUKAS 22:14-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Apabila tiba masanya, Yesus pun duduk bertelekan di meja bersama rasul-rasul yang dua belas itu. Lalu Yesus berkata kepada mereka, “Sebenarnya, Aku telah lama ingin sekali makan jamuan Paskah ini bersama kamu sebelum Aku menderita. Aku berkata kepadamu bahawa Aku tidak akan makan jamuan ini lagi sehingga maksud sebenar Paskah dinyatakan dalam kerajaan Allah.” Setelah itu, Yesus mengambil sebiji cawan minuman. Dia mengucap syukur lalu berkata, “Ambillah cawan ini dan bahagikan minumannya antara kamu. Aku berkata kepadamu bahawa mulai sekarang, Aku tidak akan minum air anggur lagi hinggalah kerajaan Allah datang.” Kemudian Yesus mengambil roti, mengucap syukur lalu memecah-mecahkan roti itu dan memberikannya kepada murid-murid-Nya, sambil berkata, “Inilah tubuh-Ku yang diserahkan untukmu; lakukanlah ini sebagai peringatan kepada-Ku.” Demikian juga, sesudah makan, Dia mengambil cawan sambil berkata, “Cawan ini perjanjian baru dengan darah-Ku yang ditumpahkan bagimu.